Translate

Memaparkan catatan dengan label Anwar Spring. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar Spring. Papar semua catatan

21/08/2013

TEKTIK 'ANWAR SPRING' BERULANG KEMBALI

Taktik jahat Anwar jatuhkan Najib

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tawaran untuk membentuk kerajaan perpaduan dilihat sebagai satu lagi taktik jahat Ketua Pembangkang itu untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri menjelang pemilihan UMNO akan datang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor mendakwa, Anwar sengaja ingin mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan ahli UMNO bahawa kononnya Najib sanggup berkompromi dengan musuh politiknya.

"Anwar ingin mewujudkan kesangsian dalam kepimpinan UMNO seolah-olah Perdana Menteri yang mahu berkompromi dengannya. Ini manipulasi dan permainan jahat Anwar.

"Saya tahu daripada rakan-rakan di Indonesia bahawa beliau (Anwar) yang sebenarnya mengusulkan perkara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ezam mengulas pendedahan beberapa blog yang mendakwa Anwar sebenarnya menawarkan kerajaan perpaduan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) kepada Najib dengan tiga syarat yang disampaikan menerusi bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla ketika berkunjung ke Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu.

08/07/2013

NAK TUNJUK BAIK, TAPI HATI PERUT BUSUK SEPERTI BANGKAI !!!

Anwar munafik untuk mengutuk rampasan kuasa tentera Mesir

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Kong Cho Ha yang menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepura-puraan bagi negara-negara yang mengamalkan demokrasi untuk bersuara terhadap rampasan kuasa tentera yang menggulingkan Presiden Mesir Mohammed Morsi menggesa.
The Setiausaha Agung MCA mendakwa bahawa Ketua Pembangkang sendiri telah mahu merampas kuasa melalui cara yang tidak demokratik.

29/05/2013

"ANWAR SPRING" TIDAK BERTAMADUN, BIADAP DAN SIALAN


"ANWAR SPRING" ADALAH PENGKHIANAT NEGARA....

Kuala Lumpur: Siri perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang untuk memburukkan kerajaan termasuk membantah keputusan PRU-13 hanya untuk menonjolkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia lebih sesuai digelar ‘Anwar Spring’ dan pembangkang tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan mendakwa ia mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. 

Katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP mengakui dan terima kekalahan pada PRU-13 lalu, namun hanya Anwar yang tidak mahu menerima kenyataan sehingga menghasut rakyat mengadakan demonstrasi jalanan.


Sanggup hasut rakyat

“Cukuplah (berdemonstrasi), Barisan Nasional (BN) juga sedih kerana tidak mampu memperoleh kemenangan dua pertiga (Parlimen), namun ada yang lebih sedih kerana gagal membentuk kerajaan baru iaitu Anwar Ibrahim. Sebab itulah pelbagai cara yang dilakukan sehingga sanggup menghasut rakyat mengadakan perhimpunan.

“Malah, tujuan utama mereka mengadakan demonstrasi kerana sengaja mahu melakukan provokasi terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pada masa sama mendapatkan perhatian dari media asing, seolah-olah menunjukkan Malaysia sebuah negara huru-hara,” katanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...