Selasa, 25 Oktober 2011

HISHAMUDDIN PERLU LEBIH TEGAS DALAM MEMBENDUNG WARGA AFRIKA / DADAH

Image Detail

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan beberapa kementerian lain sedang meneliti semula pengeluaran pas pelajar asing, terutama dari Afrika, berikutan laporan masalah yang timbul dengan kehadiran pelajar asing di negara ini.

Sudah beberapa tahun nak teliti pengeluaran pas pelajar, tetapi semakin menjadi-jadi.


"Keputusan penelitian ini akan dimaklumkan kemudian," kata menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan kementerian itu pada sidang Dewan Rakyat.

Beliau berkata KDN dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membuat pemeriksaan berkala di institut pengajian tinggi awam dan swasta bagi memantau aktiviti 19,000 pelajar Afrika mulai Januari hingga September lepas.


Image Detail

Hishammuddin berkata tapisan khusus bagi warga Afrika dilakukan KPT serta Kementerian Pelajaran dan pelajar terbabit wajib mengemukakan dokumen 'No Objection Certificate (NOC)' yang dikeluarkan negara berkenaan.

Dokumen itu bertujuan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak belajar di luar negeri, katanya.
Hinggakan Malaysia dianggap sebagai tempat persinggahan/pengedaran yang paling selamat dirantau ASIA mengenai penyeludupan dadah oleh warga afrika. Dahulunya warga IRAN.

Pihak berkuasa KASTAM yang mengawal pintu masuk perlu lebih tegas dan amanah dalam melaksanakan tugas. Adakah peralatan yang digunakan tidak canggih ????

Persoalannya sekarang kenapa mereka-mereka ini masih berani untuk menyeludup masuk dadah ke negara ini tanpa takut ???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...