Translate

04/03/2014

KPM SIBUK DENGAN Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), MASALAH PELAJAR BAGAIMANA ???


Kegiatan Salah Guna Dadah Di Kalangan Pelajar Sekolah Membimbangkan - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Pengurusan sekolah dan ibu bapa diingatkan supaya prihatin dengan perubahan tingkah laku pelajar dan anak-anak mereka kerana laporan menunjukkan kegiatan penyalahgunaan dadah di kalangan kanak-kanak seawal usia 10 tahun amat membimbangkan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kegiatan penyalahgunaan dadah kini mula menyusup masuk ke sekolah-sekolah dengan kanak-kanak sekolah kini sering dijadikan 'pusher' oleh pengedar dadah.
"Kita hendak tekankan kekhuatiran kita kerana pengedar (dadah) telah mula cari pasaran baharu apabila kita laksanakan operasi cegah jenayah melalui penyalahgunaan dadah ini.
"Kita tidak dapat terima bila pengedar dadah secara runcit ini telah sasarkan kumpulan anak-anak sekolah rendah seawal 10 tahun," katanya pada sambutan Hari Antidadah 2014 di Pejabat Pendidikan Hulu Langat, Kajang dekat sini Selasa.
Beliau berkata sehubungan itu, pelbagai pihak termasuk pengurusan sekolah dan ibu bapa perlu melakukan sesuatu agar kegiatan ini dapat dibanteras lebih awal.
Ahmad Zahid berkata pada 2010, hanya 173 klien remaja mendapatkan perkhidmatan di Klinik Cure & Care 1Malaysia namun jumlah itu meningkat kepada 863 orang pada 2011, dan pada 2012 kepada 1,180 orang dan (1,209) tahun lepas.
"Berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh klien remaja ini, hampir keseluruhan daripada mereka terlibat dengan dadah berpunca daripada pengaruh rakan sebaya dan rasa ingin mencuba dengan rokok adalah bahan awal yang diambil oleh mereka sebelum terlibat dengan penagihan dadah, katanya.
Ahmad Zahid berkata kerajaan komited membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah menjelang 2015, dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk peranan yang dimainkan ibu bapa.
Katanya, sejajar dengan prinsip tiada tolak ansur terhadap dadah, kerajaan melipatgandakan usaha membanterasnya agar tiada kaedah digunakan untuk menembusi pasaran baharu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...