Malaysia Today pernah melaporkan, Francis Yeoh memperolehi pendapatan berjumlah RM15 sehingga 29 bilion sepanjang 21 tahun menerusi syarikatnya YTL Power Generation Sdn. Bhd dan bakal memperolehi RM25 sehingga 30 bilion lagi sekiranya kerajaan bersetuju untuk menyambung Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd untuk selama 25 tahun lagi, sepertimana yang diminta oleh YTL.
Perdana
Menteri Najib Abdul Razak, bagaimanapun, enggan melayan permintaan YTL untuk
memanjangkan kontrak dan pada 1 Oktober 2015, YTL menyaksikan kilang duitnya
telah 'ditarik balik'.
1MDB
bukan sahaja membeli janakuasa IPP milik YTL tetapi juga pengeluar-pengeluar
tenaga yang lain. Sekiranya mereka enggan menjual kepada 1MDB,
pengeluar-pengeluar tenaga itu juga akan menerima nasib yang sama seperti YTL
Power memandangkan kebanyakan PPA untuk IPP-IPP tersebut sudah hampir sampai ke
tarikh luput.
Dilaporkan
1MDB telah membayar RM18 bilion untuk memperolehi baki IPP yang lain. Sekiranya
IPP-IPP tersebut tidak diambilalih, kerajaan terpaksa membayar 10 atau 20 kali
ganda nilai asal IPP tersebut kepada pengeluar-pengeluar tersebut untuk 25
tahun akan datang.
Malaysia
Today turut mendedahkan bahawa 10% pendapatan YTL sahaja datangnya daripada IPP
tersebut, manakala Ananda Krishnan, Genting dan Keluarga Diraja
Negeri Sembilan turut memperolehi pendapatan berbilion-bilion ringgit daripada
perniagaan IPP.
Jadi,
tidak hairanlah mengapa kumpulan yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir, yang
menguasai kemewahan daripada penjualan tenaga IPP
selama ini, secara tiba-tiba melihat dan memomok-momokkan 1MDB sebagai sebuah
entiti berhantu sehinggakan kempen agar Najib diturunkan daripada jawatan
Perdana Menteri, giat dijalankan.
PPA
inilah juga yang menyebabkan Allahyarham Anie Arope meletakkan jawatan sebagai
Pengerusi TNB kerana tidak bersetuju dengannya. Malah TNB dan Petronas juga,
bukan suatu rahsia, juga tidak gembira dengan PPA yang menurut mereka terlalu
banyak lompat dan tidak lebih daripad sekadar 'LESEN MENCETAK DUIT' semata-mata.
Lebih 20
tahun kemudian, Najib berjaya mengakhiri kontroversi ini. Sekaligus mematikan
'ANGSA EMAS' kumpulan-kumpulan tertentu sehingga
sakit hati tersebut memunculkan kempen menurunkan
Najib daripada jawatan Perdana Menteri dan keburukan 1MDB kepada negara.
Kata
Malaysia Today lagi, bukan hanya IPP sahaja yang 'dibunuh' oleh Najib, tetapi
ada lagi 'angsa emas' yang turut menerima nasib yang sama iaitu AP untuk
kenderaan-kenderaan import dan golongan penyedut darah rakyat Malaysia
selama lebih 30 tahun.
Terdapat
dua jenis AP yang dikeluarkan oleh MITI. Salah satunya adalah AP francis yang
diberikan kepada pemegang francis jenama-jenama kereta yang didaftarkan dengan
MITI dan satu lagi adalah AP terbuka (untuk Bumiputera sahaja) bagi mengimport
sebarang jenama kereta untuk dijual di pasaran Malaysia.
Jumlah
keseluruhan AP yang dikeluarkan setiap tahun, sepatutnya hanya 10% daripada
jumlah keseluruhan kereta yang dipasang di dalam kereta bagi tahun sebelumnya
dan 60% AP telah diberikan kepada pemegang AP terbuka Bumiputera manakala 40%
lagi diberikan kepada pemegang franchise.
Pada
tahun 2005, kontroversi 'Raja AP' telah muncul apabila didedahkan, hanya
beberapa orang individu sahaja yang memonopoli perniagaan AP. Dilaporkan,
antara mereka yang menjadi Raja AP termasuklah
Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan
Datuk Seri Mohd Haniff Abdul Aziz.
Mereka
telah berjaya memperolehi 33,218 AP (lebih kurang 50.1% daripada jumlah
keseluruhan 66,277) bagi tahun 2004 dan 28,283 AP (atau 41% daripada 68,330)
untuk tahun 2005 sahaja, menurut senarai yang didedahkan oleh kerajaan.
Berdasarkan kepada anggaran jualan kasar RM30,000 bagi setiap AP, perolehan
daripada perniagaan ini adalah RM996 juta secara keuntungan bagi tahun 2004 dan
RM848 juta bagi tahun 2005.
Jumlah
keseluruhan perniagaan AP adalah lebih kurang RM2 bilion setahun atau lebih
kurang RM65 sehingga 80 bilion semenjak kali pertama ia diperkenalkan kembali
apabila Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri (dan apabila dia mengimplementasi
sistem berkenaan). Menurut maklumat dari industri permotoran, AP telah
menghasilkan kenaikan harga kereta sebanyak 20% berbanding harga sebenar
memandangkan para pembeli kereta akan memberi subsidi kepada pemegang-pemegang
AP secara tanpa sedar.
Bolehlah
dikatakan AP dan IPP salah satu cara merompak wang rakyat secara berlesen oleh
Tun Mahathir melalui kroni kroninya.
Tulisan
Rozmi Mokhtar
Rozmi Mokhtar