Mengapa Rafizi Sentiasa Tidak Gembira?
Saya maklum terhadap rayuan YB Rafizi
Ramli untuk berdebat dengan saya mengenai kutipan cukai.
Bagaimanapun, ramai yang berpendapat
cabaran ini adalah satu usaha
Rafizi untuk memesongkan perhatian dari
pertelingkahan dalaman parti mereka dan pihak di luar parti seperti Dato’
Ambiga Sreenevasan di mana Rafizi turut menggelar wanita peneraju gerakan
BERSIH itu sebagai anti Pakatan Harapan.
Saya akui pertelingkahan dalaman
Pakatan Harapan yang sedang berlaku ini bagaikan
satu sarkas dan
sangat menarik untuk ditonton.
Terkini hari ini, Rafizi mendedahkan satu perbualan sulit yang memaparkan Ambiga sebagai pihak yang
memberikan beberapa dokumen yang menyumbang kepada kegagalan Langkah Kajang
untuk menggulingkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagi tidak mengganggu pertelingkahan Rafizi dan
memberi ruang kepadanya untuk memesongkan perhatian daripada masalahnya itu,
Rafizi patut membuat rayuan yang sama dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Lagipun, tiada keperluan yang mendesak untuk debat itu diadakan mengenai isu
itu.
Mungkin dalam tempoh sebulan dari sekarang,
pertelingkahan dalam Rafizi akan berakhir atau dia sudahpun meninggalkan parti,
atau lebih buruk lagi, dia dipecat dari parti.
Apapun, saya tak faham apa yang Rafizi tidak
gembira dengan kutipan cukai bagi tahun sebelum ini.
Sebelum ini, Rafizi mendakwa kutipan cukai telah
melangkaui pertumbuhan KDNK di mana dia membuat tuduhan, ia membebankan rakyat.
Dia kemudian menggesa kerajaan untuk mengurangkan cukai pendapatan dan cukai
korporat memandangkan GST sudah dilaksanakan.
Apabila saya utarakan bahawa kedua-dua kadar cukai
korporat dan pendapatan telah turun secara ketara sejak 2008, Rafizi mengakui
yang kadar itu sudahpun menurun dan mengakui rakyat membayar cukai lebih rendah
dan ramai individu kini sudah dikecualikan dari membayar cukai pendapatan.
Bagaimanapun, dia kini mencetuskan isu kutipan bagi
cukai pendapatan telah menyusut kepada separuh dari RM51.3 bilion pada 2012
kepada RM27.6 bilion pada 2016.
Ini adalah sesuatu yang pelik kerana
rengekan Rafizi sebelum ini adalah kutipan cukai pendapatan sudah melangkaui
pertumbuhan KDNK tetapi sekarang dia merungut kutipan cukai pendapatan telah
menyusut sehingga separuh.
Tidakkah ia sesuatu yang baik untuk rakyat apabila
kerajaan mengambil langkah mengurangkan kadar cukai dan memberi pelbagai
pengecualian dan potongan.
Kenapa Rafizi tidak gembira dengan kerajaan yang
mengutip cukai pendapatan lebih rendah daripada rakyat, di mana ia sentiasa
menjadi aspirasi kerajaan untuk mengurangkan kutipan cukai pendapatan sebagai
sebahagian dari langkah reformasi percukaian GST selain pemansuhan cukai
perkhidmatan dan jualan.
Rafizi turut merungut semalam, bahawa kutipan cukai
korporat kini berganda. Mungkin Rafizi perlu memahami bahawa cukai korporat
perlu dibayar hasil keuntungan daripada syarikat.
Bukankah Rafizi sepatutnya gembira kerana disebalik
pemotongan cukai korporat dari 27% kepada 24% pada 2007, pertumbuhan ekonomi
yang baik dinikmati Malaysia turut menyumbang kepada peningkatan keuntungan
justeru kutipan cukai korporat yang lebih tinggi.
Atau mungkin Rafizi akan lebih
mengecapi kebahagiaan jika syarikat-syarikat terbabit terjerumus dalam kerugian
dan membayar cukai korporat lebih rendah atau langsung tidak membayar cukai?
Mungkin Rafizi perlu menarik nafas, bersandar ke
belakang dan berfikir semoleknya apakah yang mengganggu kebahagiaannya dan apa
yang mahu dituduhnya sebelum mencabar sesiapa berdebat.
Oleh Eric See-To.
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional