Translate

Memaparkan catatan dengan label Ambiga Sreenevasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ambiga Sreenevasan. Papar semua catatan

18/01/2020

JIN BETINA MATA SATU MUNCUL KEMBALI

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan MENGINGATKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (PH) AGAR DAPAT MELAKSANAKAN BEBERAPA PEMBAHARUAN utama pada Jun ini sekiranya tidak mahu melihat rakyat ‘turun ke jalan’ sekali lagi.

Ambiga berkata, sekiranya perkara yang telah digubal itu tidak dapat dilakukan ia menunjukkan kegagalan sepenuhnya komitmen PH untuk melakukan pembaharuan.

"Kami tak pernah terfikir turun ke jalan berkaitan kerajaan ini, tapi jika perlu dilakukan, ia akan dilakukan.

"Ini bukan kerana kerajaan, ini kerana rakyat," katanya selepas bercakap dalam forum bertajuk 'Laporan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC): Mengapa Rahsia?' di Kuala Lumpur hari ini seperti yang dilaporkan portal Malaysiakini.

Ambiga berkata, antara pembaharuan utama yang dituntut adalah Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC) dan isu hukuman mati.

"Mereka kata ia akan dikeluarkan pada Mac tetapi berdasarkan 'sejarah' berlaku U-turn, kami sangat bimbang," katanya yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa IRC.

Rujukan: KLIK DISINI

04/10/2017

RAFIZI SOTONG SEMAKIN TERTEKAN DAN GEMBIRA MELIHAT RAKYAT MALAYSIA MENDERITA

Mengapa Rafizi Sentiasa Tidak Gembira?
Saya maklum terhadap rayuan YB Rafizi Ramli untuk berdebat dengan saya mengenai kutipan cukai.
Bagaimanapun, ramai yang berpendapat cabaran ini adalah satu usaha Rafizi untuk memesongkan perhatian dari pertelingkahan dalaman parti mereka dan pihak di luar parti seperti Dato’ Ambiga Sreenevasan di mana Rafizi turut menggelar wanita peneraju gerakan BERSIH itu sebagai anti Pakatan Harapan.
Saya akui pertelingkahan dalaman Pakatan Harapan yang sedang berlaku ini bagaikan satu sarkas dan sangat menarik untuk ditonton.
Terkini hari ini, Rafizi mendedahkan satu perbualan sulit yang memaparkan Ambiga sebagai pihak yang memberikan beberapa dokumen yang menyumbang kepada kegagalan Langkah Kajang untuk menggulingkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagi tidak mengganggu pertelingkahan Rafizi dan memberi ruang kepadanya untuk memesongkan perhatian daripada masalahnya itu, Rafizi patut membuat rayuan yang sama dalam tempoh sebulan dari sekarang. Lagipun, tiada keperluan yang mendesak untuk debat itu diadakan mengenai isu itu.

10/11/2015

AMBIGA BUAT HAL LAGI, LU SIAPA AMBIGA ???

Ambiga Sedia Kerjasama Dengan Tun M Perbaiki Sistem Kerajaan
BANDAR SUNWAY: Ambiga Sreenevasan bersedia untuk bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya jika beliau bersedia untuk memperbaiki sistem kerajaan negara.

"Jika Dr Mahathir mengambil berat tentang apa yang telah berlaku sejak 30 tahun lalu, jika memang beliau sedang cuba untuk menyelesaikannya selain hanya mahu menyingkirkan seorang perdana menteri, maka saya fikir kita harus terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang cuba untuk melakukannya," kata bekas presiden Majlis Peguam itu.

Beliau berkata, keseluruhan sistem perlu diubah selain menggantikan Najib sebagai perdana menteri. (MACAM LAH PANDAI SANGAT ???)

18/12/2014

BETINA MATA BATU KEMBALI MENGUGAT KEHARMONIAN NEGARA ???


PPP: Dakwa Ambiga, semai kebencian hari Natal.

Pemimpin Parti Progresif Penduduk (PPP) mahukan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan didakwa di mahkamah kerana menggesa pihak berkuasa berhenti mengganggu orang Kristian di Malaysia.
Naib Presiden PPP Datuk A Chandrakumanan berkata, kenyataan Ambiga itu menanam kebencian terhadap kerajaan menjelang Hari Natal tidak lama lagi.
"Saya cadangkan Ambiga disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan ketidakharmonian, perpecahan dan kebencian di kalangan rakyat dengan niat jahat," kata Chandrakumanan ( kiri ).
Dalam kenyataannya hari ini, Chandrakumanan mendakwa kenyataan itu dibuat dengan sedar bahawa ia boleh mencetuskan ketegangan dan menunjukkan Ambiga tidak peduli dengan keadaan negara ini dan rakyatnya.
"Kenyataan jenis ini menimbulkan kemarahan dan memberikan imej negatif kepada kerajaan, menjadikannya seolah-olah pihak berkuasa sengaja bertindak terhadap orang Kristian.
"Perkara ini tidak masuk akal dan tidak boleh diterima," katanya.

01/10/2014

SI BETINA MATA BATU BUAT HAL LAGI ???


Betina Ambiga (Klik) menyifatkan Kem Biro Tatanegara (BTN) hanya sekadar menjadi sesi untuk membasuh otak kaum Melayu agar menjadi rasis dan pentaksub.

Penaung pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negara-Ku itu berkata, ibu bapa yang membenarkan anak mereka mengikuti kem tersebut terkejut dengan objektif dan kandungan modul yang diajar.

"Saya bertemu dengan beberapa rakan Melayu yang menghadiri kem ini dan mereka marah dan rasa jijik," kata beliau semasa menghadiri Persidangan Kebangsaan Anti-Diskriminasi yang bertajuk "Perpaduan dan Penyatuan Sosial di Malaysia – Jadikannya bukan suatu yang mustahil" di Kuala Lumpur hari ini.

"Apa yang diberitahu kepada kamu? Melayu dibasuh otak supaya menjadi rasis dan pentaksub semasa menghadiri kem ini," kata Ambiga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...