Ambiga Sedia Kerjasama Dengan Tun M
Perbaiki Sistem Kerajaan
BANDAR SUNWAY: Ambiga Sreenevasan bersedia untuk bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad hanya jika beliau bersedia untuk memperbaiki sistem
kerajaan negara.
"Jika Dr
Mahathir mengambil berat tentang apa yang telah berlaku sejak 30 tahun lalu,
jika memang beliau sedang cuba untuk menyelesaikannya selain hanya mahu
menyingkirkan seorang perdana menteri, maka saya fikir kita harus terbuka untuk
bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang cuba untuk melakukannya," kata
bekas presiden Majlis Peguam itu.
Beliau berkata,
keseluruhan sistem perlu diubah selain menggantikan Najib sebagai perdana
menteri. (MACAM LAH PANDAI SANGAT ???)
Ambiga berkata,
beliau telah melihat beberapa perkara yang tidak pernah dijangka untuk
dilihatnya selepas Dr Mahathir meletak jawatan.
"Saya tidak
pernah terfikir saya akan melihat Dr Mahathir disiasat oleh polis, saya tidak
pernah terfikir saya akan melihat Dr Mahathir menghadiri Bersih," kata
Ambiga.
Katanya, beliau juga
tidak pernah terfikir dapat melihat Dr Mahathir, Tan Sri Rafidah Aziz dan ramai
'orang lama' tampil dan mengeluh tentang penyalahgunaan kuasa dan kegagalan
institusi di Malaysia.
Ambiga turut memuji
usaha yang dilakukan oleh kumpulan Melayu terkemuka kerana mereka terdiri
daripada individu berprofil tinggi yang cuba membawa perubahan.
Beliau bagaimanapun
ragu-ragu sama ada terdapat sesiapa yang boleh berdepan dengan rejim masa kini
yang diperlukan untuk membuat beberapa perubahan di negara ini.
Ambiga berkata,
individu-individu ini akan mencabar 'kubu kuasa' yang dicipta oleh Dr Mahathir
sendiri yang mencipta satu sistem di mana semua kuasa tertumpu di tangan
perdana menteri.
Saya tidak berkata
hanya Najib seorang yang bertanggungjawab bagi masalah kita hari ini, saya
percaya seluruh kabinet bertanggungjawab bagi masalah kita hari ini.
"Mereka
sepatutnya mentadbir negara ini dengan jujur dan cekap dan itu adalah satu
kelemahan kita yang teruk," kata Ambiga.
Ambiga berkata
demikian pada majlis pelancaran buku 'Malaysia Post-Mahathir: A Decade of
Change at Sunway University' pada Isnin.
Buku ini diterbitkan
oleh Marshall Cavendish International (Asia) Private Limited yang berpangkalan
di Singapura.
Ia telah disunting oleh Profesor James Chin dari University of Tasmania dan Prof Joern Dosch dari University of Rostock.
Ia telah disunting oleh Profesor James Chin dari University of Tasmania dan Prof Joern Dosch dari University of Rostock.