Translate

11/11/2015

Ringgit Turun Lagi, Inflasi Naik, Import dan Eksport Naik

Pejam celik, pejam celik negara Malaysia sudah pun menginjak ke suku keempat 2015 yang tidak lama lagi akan melabuhkan tirainya.
Sekejap rasanya masa berlalu, tetapi terasa lama apabial berhadapan dengan gelombang kos sara hidup hari ini lebih-lebih di tengah-tengah terasa “perit dan panas terik”.
Sehingga masing-masing terus tercari-cari dan terkejar-kejar tempat berteduh. Hakikatnya ekonomi Malaysia hari ini mencatatkan tempoh suram. Ya…benar pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun 2015 ini berada di paras sekitar 5 peratus. Tetapi apa yang rakyat Malaysia dapat dengan angka tersebut?
Perkembangan Ekonomi Malaysia Hari ini?
Berita terkini yang terima melibatkan perkembangan ekonomi Malaysia hari ini menunjukkan beberap data yang baru sahaja dikeluarkan. Antaranya ialah :
*  Eksport Malaysia berjaya mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Terima kasih kepada kelemahan dan kejatuhan nilai ringgit Malaysia hari ini. Walaubagaimanapun lonjakan eksport Malaysia meningkat hanya kerana dipacu oleh Industri Elektrik dan elelektronik, sedangkan hakikatnya industri petroleum, sawit dan gas terus jatuh. Semuanya dek kerana permintaan yang lemah

* Eksport naik, import pula bagaimana? Sukacita dimaklumkan Import Malaysia juga meningkat? Adakah kenaikan import Malaysia ini disebabkan faktor ringgit Malaysia jatuh? Berdasarkan semakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Encik Nurhisham Hussein yang merupakan Ketua Ekonomi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP, beliau ada mengatakan kenaikan import Malaysia naik adalah disebabkan permintaan dalam negara yang turut sama melonjak.
*   Inflasi Malaysia naik semuanya gara-gara pelaksanaan GST. Dibandingkan data yang boleh anda rujuk pada gambar-gambar data yang dikongsikan di bawah ini, ia sama sekali tidak sama dengan kenyataan menteri termasuklah menteri yang bernama ………..???
*  Nilai Ringgit Malaysia hanya dapat berehat seketika sambil mengambil nafasnya, sebelum meneruskan pecutan dan lonjakan seperti yang kita lihat nilai ringgit Malaysia terkini. Semuanya gara-gara dengan berita besar kemungkinan Federal Reserve akan mengumumkan kenaikan kadar faedah meraka naik pada Disember 2015. Mungkin…..
* Hakikatnya, merujuk kepada gambar data di atas, nilai ringgit Malaysia hari ini dibandingkan dolar Amerika adalah paling buruk dalam kalangan negara Asia
* Kadar pengangguran di Malaysia yang terkini sehingga Julai 2015 adalah sekitar 3.2 peratus. Walaubagaimanapun, melihatkan data Julai 2014 dengan Jun 2015 kadar rakyat Malaysia yang terpaksa diberhentikan kerja telah melonjak kepada paras 36.2 peratus. Bagaimana pula sekarang? Hari ini?
* Dan berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), indeks sentimen pengguna seperti anda, anda di sini telah jatuh kepada paras 70.2. Semuanya gara-gara perbelanjaan boleh guna rakyat malaysia semakin melemah.
Pautan: hKLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...