Translate

12/11/2015

KELUARGA TUN M PUN HIDUP MEWAH HASIL DARI RASUAH ???

KUALA LUMPUR, 11 November: Tiada siapa yang akan selamat jika seseorang itu dihukum rasuah hanya disebabkan oleh gaya hidup yang mewah yang mereka tonjolkan, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Menteri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, dalam posting blog miliknya, berhujah bahawa pada akhirnya seseorang itu dianggap bersalah sehingga dan melainkan jika dia boleh membuktikan dia tidak bersalah, semua kerana kereta yang dipandu atau rumah yang didiami.

“JIka inilah bagaimana sistem perundangan sepatutnya berfungsi, maka, Dr Mahathir sendiri sekalipun tidak akan selamat kerana gaya hidup mewah keluarganya yang perlu membuktikan bahawa mereka tidak terbabit dalam rasuah atau ke penjara,” katanya merujuk kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Pagi tadi, dalam forum anti-rasuah, bekas pemimpin negara itu mencadangkan individu yang mempunyai gaya hidup mewah – termasuk menayangkan beberapa kereta mewah – harus dibawa ke mahakamah sebagai bukti rasuah.

Dalam isu berkaitan, bekas Ketua Menteri Sabah itu mempersoalkan mengapa Dr Mahathir tidak mengubah sistem politik ketika mentadbir negara lebih 22 tahun, sebelum ini.

Sallah juga mempersoalkan samada Dr Mahathir akan menerima hakikat sekiranya rakyat Malaysia memutuskan untuk tetap mahukan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

“Adakah Dr Mahathir bersedia untuk bersetuju terhadapnya? Kerana dia bersedia menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk memutuskan sistem yang mereka kehendaki, Dr Mahathir mahu menentukan siapa yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri dan tidak akan membenarkan rakyat Malaysia membuat keputusan.”

Perdana Menteri keempat Malaysia itu dalam forum yang sama mengulangi pendirian untuk menyingkirkan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara dan berkata, sebarang perubahan akan dibuat selepas itu dan ia terpulang kepada majoriti.

Salleh mengimbas pada 2008, Dr Mahathir sudah mengumumkan bahawa beliau mahu Majlis Presiden ditubuhkan dan negara dipimpin oleh Majlis Orang-Orang Tua.

Majlis Orang-Orang Tua berperanan membimbing Perdana Menteri dalam mentadbir kerajaan. Dr Mahahtir berhujah ia pelru dilaksanakan kerana Kabinet mungkin akan lampu hijau keputusan Perdana Menteri.

“Lebih tujuh tahun berlalu dan dia masih mendesak pelaksanaannya sekalipun tiada sistem seumpama itu dalam negara berpelembagaan atau kerajaan yang mengguna pakai sistem Westminster.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...