Translate

Memaparkan catatan dengan label Kristian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kristian. Papar semua catatan

18/12/2014

BETINA MATA BATU KEMBALI MENGUGAT KEHARMONIAN NEGARA ???


PPP: Dakwa Ambiga, semai kebencian hari Natal.

Pemimpin Parti Progresif Penduduk (PPP) mahukan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan didakwa di mahkamah kerana menggesa pihak berkuasa berhenti mengganggu orang Kristian di Malaysia.
Naib Presiden PPP Datuk A Chandrakumanan berkata, kenyataan Ambiga itu menanam kebencian terhadap kerajaan menjelang Hari Natal tidak lama lagi.
"Saya cadangkan Ambiga disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan ketidakharmonian, perpecahan dan kebencian di kalangan rakyat dengan niat jahat," kata Chandrakumanan ( kiri ).
Dalam kenyataannya hari ini, Chandrakumanan mendakwa kenyataan itu dibuat dengan sedar bahawa ia boleh mencetuskan ketegangan dan menunjukkan Ambiga tidak peduli dengan keadaan negara ini dan rakyatnya.
"Kenyataan jenis ini menimbulkan kemarahan dan memberikan imej negatif kepada kerajaan, menjadikannya seolah-olah pihak berkuasa sengaja bertindak terhadap orang Kristian.
"Perkara ini tidak masuk akal dan tidak boleh diterima," katanya.

08/01/2014

Lawrence perlu hormat keputusan mahkamah

Tun Dr Mahathir Mohamad

PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengarang majalah mingguan Katolik 'The Herald', Paderi Lawrence Andrew supaya menghormati keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah ALLAH dalam kitab Injil berbahasa Melayu.

Beliau menegaskan paderi itu perlu menghormati sensitiviti masyarakat Islam di negara ini sebagaimana umat Islam menghormati agama lain.

"Yang rujuk kes ini ke mahkamah adalah mereka tapi bila mahkamah buat keputusan mereka tak peduli. Apa jadi kalau masyarakat tak hormat keputusan mahkamah?

"Penggunaan kalimah ALLAH di Sabah dan Sarawak telah lama, tak apalah, tapi di sini apa sebab tiba-tiba nak gunakan?" soal Dr Mahathir ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada seminar Pengarah-pengarah Korporat Tabung Haji (TH) di Kelana Jaya di sini.

Beliau mengulas kenyataan Lawrence 27 Dis lepas bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya dalam bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

Kenyataan beliau telah menimbulkan bantahan pelbagai pihak dan umat Islam terutama di Selangor dan semalam Lawrence menegaskan tidak akan memohon maaf seperti yang didesak oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno Selangor dan Perkasa atas pendiriannya itu.

Dr Mahathir mengingatkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun mempunyai rakyat pelbagai agama serta kaum, dan ini perlu dikekalkan dengan mengelak melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti agama lain.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai bantahan pengwujudan cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya, bekas perdana menteri itu berkata, tidak timbul sebarang masalah jika premis hiburan diwujudkan di Putrajaya kerana ia bukan bandar keagamaan tetapi sebuah bandar pentadbiran.

"Manusia ini berkehendakkan hiburan. Kalau kata tak boleh minum arak dalam Putrajaya saya pun tak ada apa-apa, tapi sampai tak ada hiburan ini susahlah," katanya.

Media melaporkan kemungkinan cawangan Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya, bandar pentadbiran cetusan ilham Dr Mahathir, susulan perbincangan mengenainya antara Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat dan ahli perniagaan Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir.

Ditanya sama ada beliau bersetuju jika Hard Rock Cafe diwujudkan di Putrajaya, Dr Mahathir menjawab: "Bukan bersetuju Hard Rock Cafe tu. Saya bersetuju supaya ada hiburan di situ. Tapi kalau kita nak larang jual arak itu terpulang kepada mereka (pihak berkenaan)."

Aseh bagaimanapun dilaporkan sebagai menjelaskan tiada permintaan rasmi dikemukakan mengenai cadangan pembukaan pusat hiburan itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata TH adalah sebuah entiti unik yang tiada tandingan di dunia dalam soal mengumpul wang rakyat untuk membolehkan mereka menunaikan ibadat haji.  - Bernama

06/01/2014

PERKASA JANGAN TERLALU EMOSI SANGAT !!!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhubung tindakannya hadir menyokong perhimpunan penganut Kristian di Gereja Our Lady of Lourdes di Klang pada Ahad.
Menurutnya beliau tidak akan membuang masa untuk memberi komen balas yang dilemparkan terhadapnya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai Perkasa kerana mereka banyak bercakap mengenai perkara mengarut," katanya di sini pada Isnin.
Marina yang juga Ahli Lembaga Pengarah Sister in Islam (SiS) berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pertama Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).
Sebelum ini Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris mempersoalkan tindakannya menghadiri perhimpunan menyokong penganut Kristian tersebut.
Menurut Irwan Fahmi, Marina sengaja mahu mencetuskan kontroversi dan mencari publisiti murahan ketika isu berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam hangat diperdebatkan.

14/01/2013

Agenda DAP Untuk Kristiankan Malaysia Hampir Berjaya


Apabila DAP bertekak menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular, agenda sebenar mereka terserlah iaitu menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan. Ini bermakna, keutamaan yang diberikan kepada agama Islam dari segi dakwah, penyebaran serta infrastruktur dan pembangunan akan turut terhapus.

Secara automatik, agama-agama lain akan mendapat hak sama rata dengan Islam dan gejala murtad tidak lagi dapat dikekang.

Masih ramai di kalangan umat Melayu yang mudah terpedaya dengan momokan bahawa ini semua hanyalah propaganda UMNO.

11/01/2013

Anuwar bangga usaha mengkafirkan umat skala besar berjalan lancar!


Kemenangan Kristian Kebanggaan Pakatan Rakyat
SETAKAT hari ini penulis menerima respon yang sangat positif dari kalangan rakyat Malaysia yang menghargai perjuangan Pakatan Rakyat dalam memastikan kalimah Allah ini boleh digunakan dalam gereja, kitab Bible dan sebagainya.
Rata-rata mereka menyifatkan keputusan semalam (walaupun hanya keputusan lama yang diperbaharui semula), mempunyai nilai sejarah yang tersendiri dalam senario politik tanah air kerana buat pertama kalinya, perakuan PAS mengenai hal ini telah direkodkan dalam bentuk visual, audio dan bertulis.

10/01/2013

Hadi Kafirkan Manusia, Kristiankan Nama Allah

salib_p-300x207
KEPUTUSAN Pakatan haram yang dianggotai PAS untuk menyokong penggunaan kalimah Allah di gereja hari ini, membuktikan bahawa PAS adalah sebenar-benar anjing kepada DAP dan PKR.

Anjing tau, pasal khinzir dibaling bola tak mahu dia mengejar, tapi anjing ya. Siapakah si pembalingnya? Anwar dan DAPlah, siapa lagi, itu perumpamaannya.

Pada yang terlepas pandang, penulis nak maklumkan, keputusan ini walaupun bukan baru (keputusan pertama tahun 2010), tapi mengesahkan lagi bahawa Hadi adalah Raja Kafir – tak cukup manusia dia kafirkan , tuhan pun dia kafirkan jugak!!

Sial tak sial manusia macam Hadi ni.

13/10/2012

Surat Terbuka Untuk Umat Islam Malaysia dan Dr Asri!!

Email dari seorang sahabat, sesuai untuk tatapan umat Islam di Malaysia. Malah individu ini tujukan khas kepada Dr Asri, seorang Ummarak di Malaysia.

SURAT TERBUKA UNTUK KAUM MUSLIMIN DAN BEKAS MUFTI PERLIS DATUK ARIF PERKASA DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN 
Beberapa perkembangan mutakhir yang berlaku dalam negara amat membimbangkan saya. Saya seorang India yang telah memeluk Islam. Alhamdulillah, saya menerima hidayah memeluk Islam ketika menuntut di universiti.

Saya dilahirkan dalam agama Kristikan Katolik dan sehingga kini kedua ibu bapa saya masih beragama Kristian. Saya memeluk Islam sejak 15 tahun yang lalu. Ia merupakan sebuah perjalanan hidup yang paling indah dalam hidup saya.

15/10/2011

PAS SOKONG AKTA MURTAD


KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pemimpin utama Pas digesa supaya tidak berdiam diri berhubung cadangan mewujudkan Akta Murtad bagi membendung gerakan memurtadkan umat Islam yang semakin berleluasa di negara ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sokongan dan kerjasama daripada parti itu penting demi melindungi akidah umat Islam seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan negara.

Sehubungan itu, beliau mahu pemimpin Pas seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu menyatakan pendirian mereka berhubung isu itu tanpa mengambil kira perbezaan ideologi dan pegangan politik.

17/08/2011

BREAKING NEWS ... Bukti VideoClip TERESA KOK & ANNOU XAVIER Dalang Gerakan Murtad !

Tontoni lah dan nilaikan serta beri jawapan tersendiri......

4. ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK

4.1 Walaupun dikatakan sebagai majlis berbuka puasa tetapi penunjuk arah dan itinerary program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanksgiving Dinner" yang berunsurkan Kristian.

4.2 Hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup dan turut dihadiri orang bukan Islam. 

PAS CUBA BERLAGAK MACAM 'HERO' !!!!!


ORANG GANU KENAL SIAPA DIA MUATAFFA ALI......KAKI KELENTONG....

PAS terus mengekalkan status pariah dalam Fuckatan apabila terbiar terkontang kanting dalam usaha menjadi "hero" dalam isu pemeriksaan DUMC.

Belum pun rasa terhina hilang dek penolakan dari pihak JAIS untuk bertemu, PAS telah menerima satu lagi khabar buruk;  pihak gereja telah menghantar surat untuk menangguhkan pertemuan dengan PAS yang sepatutnya berlangsung petang tadi.

Perkara ini dimaklumkan oleh Setiausaha Agong PAS, Mustaffa Ali.

08/08/2011

SANGGUP GADAI AGAMA KERANA PARTI - APA DAH JADI DG. PAS ???



PAS memang parti teruk, parti busuk, parti munafik dan segala apa macam yang teruklah, tapi tak sangka sungguh PAS menyokong habis cubaan puak kristian untuk memurtadkan orang melayu di Selangor – seperti di Gereja Methodist Damansara Utama.

09/05/2011

Rampas kedudukan Islam wujud

KUALA LUMPUR 7 Mei – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendakwa memang wujud gerakan oleh pertubuhan agama lain untuk merampas kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Katanya, beliau menyedari kewujudan gerakan itu setahun yang lalu dan ia bergerak secara senyap dalam usaha cuba menghakis kedudukan agama Islam sedikit demi sedikit.
Katanya, perjuangan pergerakan itu berlandaskan kepada 14 tuntutan seperti yang dikemukakan oleh pihak pembangkang kepada Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...