Translate

11/01/2013

Anuwar bangga usaha mengkafirkan umat skala besar berjalan lancar!


Kemenangan Kristian Kebanggaan Pakatan Rakyat
SETAKAT hari ini penulis menerima respon yang sangat positif dari kalangan rakyat Malaysia yang menghargai perjuangan Pakatan Rakyat dalam memastikan kalimah Allah ini boleh digunakan dalam gereja, kitab Bible dan sebagainya.
Rata-rata mereka menyifatkan keputusan semalam (walaupun hanya keputusan lama yang diperbaharui semula), mempunyai nilai sejarah yang tersendiri dalam senario politik tanah air kerana buat pertama kalinya, perakuan PAS mengenai hal ini telah direkodkan dalam bentuk visual, audio dan bertulis.
Justeru, tidak ada alasan lagi kenapa pemimpin dan ahli PAS mahu membantah penggunaan perkataan Allah oleh pihak gereja selepas ini kerana perakuan mengenainya telah dibuat sendiri oleh pemimpin mereka, melainkan mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti tersebut.
Jika itu berlaku, penulis tidak rasa ada yang berminat untuk menghalang mereka dari keluar.
Misi seterusnya selepas ini, rakyat mahu Pakatan Rakyat mendesak pihak kerajaan agar meneruskan pertikaian mengenai perkara ini yang masih tergantung di Mahkamah Tinggi sejak 2010.
Yang dimaksudkan ialah, keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan yang membenarkan pihak Gereja untuk menggunakan kalimah tersebut dalam terbitan mingguannya, The Herald, yang mana keputusan tersebut masih tergantung sehingga kini setelah  hakim itu sendiri membenarkan permohonan untuk menangguhkan perlaksanaan perintah tersebut oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Jika kerajaan BN masih berdolak dalih mengenainya, Pakatan Rakyat perlu membantu pihak gereja mengemukakan permohonan baru di Mahkamah.  Pedulilah sama ada pertikaian mengenai kalimah Allah di The Herald atau Bible, yang penting ada kemajuan dan keputusan yang boleh dirujuk di masa hadapan.
Respon dari beberapa orang ahli PAS yang sempat penulis temui mengenai hal ini juga sangat positif, walaupun kelihatannya masing-masing sedikit berhati-hati dalam memberikan pandangan.  Yang penting positiflah, dan perkara ini perlu disebar luaskan kepada semua peringkat kepimpinan PAS, termasuk di kampung-kampung.
Paling penting sekarang, rakyat mahu melihat keputusan ini dilaksanakan secara praktikal, bukan hanya setakat gemilang di bilik mesyuarat sahaja.
Dengan keputusan ini juga, pihak-pihak berkenaan sudah sepatutnya boleh melaksanakan janji mereka untuk memastikan setiap penganut Kristian di negara ini hanya mengundi calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Ramai berpendapat, perakuan PAS mengenai perkara ini perlu dianggap sebagai pengorbanan suci yang memerlukan pembalasan dari setiap penganut agama Kristian dan pihak berkepentingan yang lain.
Bercakap tentang pembalasan, sudah tentulah bukan wang ringgit yang dipinta tapi undi kepada calon-calon Pakatan Rakyat, termasuk dari PAS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...