
Email dari seorang sahabat, sesuai untuk tatapan
umat Islam di Malaysia. Malah individu ini tujukan khas kepada Dr Asri, seorang
Ummarak di Malaysia.
SURAT TERBUKA UNTUK KAUM MUSLIMIN DAN BEKAS MUFTI PERLIS DATUK ARIF PERKASA DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Beberapa perkembangan mutakhir yang berlaku dalam
negara amat membimbangkan saya. Saya seorang India yang telah memeluk Islam.
Alhamdulillah, saya menerima hidayah memeluk Islam ketika menuntut di
universiti.
Saya dilahirkan dalam agama Kristikan Katolik dan sehingga kini kedua ibu bapa saya masih beragama Kristian. Saya memeluk Islam sejak 15 tahun yang lalu. Ia merupakan sebuah perjalanan hidup yang paling indah dalam hidup saya.
Saya dilahirkan dalam agama Kristikan Katolik dan sehingga kini kedua ibu bapa saya masih beragama Kristian. Saya memeluk Islam sejak 15 tahun yang lalu. Ia merupakan sebuah perjalanan hidup yang paling indah dalam hidup saya.
Pengaruh paling utama mempengaruhi saya memeluk
Islam ialah buku-buku yang ditulis oleh Syeikh Ahmad Deedat. Beliau memiliki
pengetahuan yang mendalam dalam bidang perbandingan agama, bahkan sering
dijadikan rujukan utama seluruh dunia untuk mendakwahkan Islam kepada penganut
agama Kristian.
Saya berasa amat bersyukur kepada Allah dan
bertuah kerana berada di sebuah negara Islam Malaysia, dengan itu saya dapat
beramal dengan ajaran Islam secara bebas. Sehingga kini saya masih lagi belajar
mengenali al-Qur’an dan Sunnah melalui beberapa ilmuan seperti Ustaz Hussein
Yee dan Ustaz Farid Ravi.
Syeikh Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik pula
merupakan inspirasi buat saya. Saya amat meminati dan mengagumi usaha mereka
bedua mempromosikan Islam ke seluruh dunia. Justeru, apabila mendapat berita
bahawa Dr Zakir Naik akan datang ke Malaysia, saya berasa amat teruja dan telah
membawa seluruh ahli keluarga menghadiri syarahan beliau.

Namun apa yang mengelirukan saya ialah apabila seorang ilmuan
yang juga bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis menulis dalam twitternya bahawa
Ulama’ Muda dari sebuah parti politik mendakwa akidah Dr Zakir Naik sebagai
sesat. Twitter beliau berbunyi,” Buruk sungguh bila ‘ulama’ muda’ parti politik
mndakwa akidah Dr Zakir Naik dan Ahmad Deedat pun x betul”.
Ketika itu saya berasa sangat marah. Mungkinkah seseorang
yang menyerahkan seluruh hidup dan usahanya (tentunya dengan izin Allah),
mengIslamkan beribu orang, kemudian dituduh dengan tuduhan sedemikan rupa?
Sehinggakan sahabat saya Lim Jooi Soon menulis respon balas menyatakan rasa
marah dan kecewa terhadap kenyataan Ulama’ Muda. Brother Firdaus Wong juga
meluahkan kekecewaannya terhadap ustaz dari UMNO itu di dalam blognya.
Namun selepas itu baharu saya perasan bahawa akhir-akhir ini
bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis itu sering memberikan komen negatif terhadap
Ulama’ Muda. Baik melalui blog, twitter mahupuan ruangan akhbar. Saya mula
terfikir adakah ini merupakan konflik peribadi?
Al-Qur’an menjelaskan bahawa setiap berita yang diterima
harus disemak dan disiasat, agar keadilan ditegakkan dan tiada pihak yang
dizalimi.
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang
fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar
kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui
keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. (Al-Hujurat:
6)
Kemudian saya mengambil keputusan untuk mendapatkan
kepastian. Saya menelefon ustaz muda UMNO yang dimaksudkan. Saya juga bersiap
sedia untuk membidas beliau sekiranya beliau mengaku merendah-rendahkan Syeikh
Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik. Namuan yang mengejutkan saya ialah, beliau
menafikan pernah meragui akidah kedua tokoh tersebut. Bahkan beliau memuji
keduanya.
Ustaz tersebut juga menceritakan bahawa beliau telah
menjelaskan isu tersebut kepada Ustaz Hussein Yee. Akhirnya Ustaz Hussein Yee
tahu bahawa isu ini hanyalah tuduhan tidak berasas (fitnah) yang dilemparkan
oleh pihak yang tidak berpuas-hati. Perbualan saya dengan ustaz tersebut
berakhir dengan beberapa nasihat berharga dari hadis Nabi SAW.
Oleh yang demikian itu saya menyeru sahabat-sahabat sekelian
untuk berlaku adil dalam menyampaikan berita dan komen. Serta menyemak
kesahihan sesuatu berita sebelum ia disebarkan.
Setiap klik di twitter, facebook dan blog akan dibaca dan
dikongsi oleh jutaan pembaca. Jika disalahgunakan ia akan menyebabkan fitnah
tersebar dan mengakibatkan perpecahan.
Adalah lebih baik ia digunakan untuk menyebarkan kebenaran
ajaran Islam kepada non-Muslim di luar sana. Dunia Islam sudah punya banyak
musuh yang selalu menebar fitnah dan kekeliruan terhadap ajaran Islam seperti
filem keji “Innocence of Muslim.”
Tolong jangan bantu musuh Islam dengan menyebabkan lebih
banyak perpecahan dalaman sesame kita kerana natijahnya amat merugikan kita.
Seperti kata pepatah, “bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh.” Saya bukanlah sesiapa, Sekadar mualaf berbanding dengan orang ternama
seperti bekas mufti. Namun ini sekadar nasihat dari serorang hamba Allah yang
rendah hati buat diri saya sendiri dan kaum Muslimin.
Mohd Hisyam Shymalan Abdullah
Sumber:kedahkl