Translate

18/01/2020

JIN BETINA MATA SATU MUNCUL KEMBALI

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan MENGINGATKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (PH) AGAR DAPAT MELAKSANAKAN BEBERAPA PEMBAHARUAN utama pada Jun ini sekiranya tidak mahu melihat rakyat ‘turun ke jalan’ sekali lagi.

Ambiga berkata, sekiranya perkara yang telah digubal itu tidak dapat dilakukan ia menunjukkan kegagalan sepenuhnya komitmen PH untuk melakukan pembaharuan.

"Kami tak pernah terfikir turun ke jalan berkaitan kerajaan ini, tapi jika perlu dilakukan, ia akan dilakukan.

"Ini bukan kerana kerajaan, ini kerana rakyat," katanya selepas bercakap dalam forum bertajuk 'Laporan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC): Mengapa Rahsia?' di Kuala Lumpur hari ini seperti yang dilaporkan portal Malaysiakini.

Ambiga berkata, antara pembaharuan utama yang dituntut adalah Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC) dan isu hukuman mati.

"Mereka kata ia akan dikeluarkan pada Mac tetapi berdasarkan 'sejarah' berlaku U-turn, kami sangat bimbang," katanya yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa IRC.

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...