Translate

16/01/2020

#PMKE8 MAHATHIR LETAK JAWATAN LEBIH AWAL?

BANGI, 20 Jamadilawal 1441H, Khamis – Perdana Menteri, TUN DR MAHATHIR MOHAMAD TERIKAT KEPADA JANJINYA UNTUK MENYERAHKAN KUASA kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Dr Mahathir sebelum ini sudah beberapa kali berjanji akan berbuat demikian.
Beliau berkata, terbaharu, Dr Mahathir menyatakan bahawa peralihan kuasa akan dilaksanakan, selepas berakhirnya Sidang Kemuncak Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020, akhir tahun ini.
“Dalam konteks ini, Dr Mahathir telah banyak kali menyebut bahawa akan ada berlaku peralihan kuasa, maka tidak wujud isu beliau akan memegang jawatan sebagai PM selama-lamanya. Jadi, akhirnya beliau sendiri yang akan menyerahkannya kepada Anwar,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Terdahulu, Dr Mahathir sedia melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri serta-merta jika Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mahu beliau berbuat demikian.
Beliau menjelaskan sebarang isu berkaitan peralihan kuasa akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH yang dianggotai empat parti iaitu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen PKR menuntut satu tarikh khusus ditetapkan untuk peralihan kuasa Dr Mahathir kepada Anwar.
Mereka mencadangkan MEI 2020 ADALAH MASA SESUAI, bertepatan dengan tempoh dua tahun PH memerintah.
Mengulas lanjut, Dr Nik Ahmad Kamal yang juga penganalisis politik berkata, peralihan kuasa itu selaras dengan persetujuan Majlis Presiden PH selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), bahawa Dr Mahathir akan menjadi perdana menteri sebelum diambil alih oleh Anwar.
“Kalau majlis presiden sebulat suara bersetuju untuk Dr Mahathir serah kuasa sekarang dan TIDAK PERLU TUNGGU SELEPAS PERSIDANGAN APEC, seperti kata Dr Mahathir, beliau perlu akur,” katanya.
Menjawab soalan sama ada negara masih perlukan perkhidmatan Dr Mahathir, Dr Nik Ahmad Kamal berkata, terdapat tiga kumpulan yang mempunyai pandangan berbeza.
Beliau berkata, kumpulan pertama berpendapat bahawa mereka masih perlukan Dr Mahathir sebagai perdana menteri, kumpulan kedua pula mahukan Dr Mahathir untuk melepaskan jawatan, manakala kumpulan ketiga berpendapat neutral iaitu berada di tengah-tengah.
“Mereka yang mahukan Dr Mahathir untuk terus terajui negara akan tegaskan bahawa beliau diperlukan. Sebaliknya golongan yang anggap DR MAHATHIR TIDAK DIPERLUKAN akan berpendapat sebaliknya.
“Namun, akhirnya, sama ada Dr Mahathir akan serah jawatan segera atau tidak, ianya bergantung dalam Majlis Presiden PH. Ini amat bergantung kepada pandangan setiap parti dalam kerajaan PH,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...