Translate

22/01/2020

DAP PERLU DIKELUARKAN DARI PH

TANPA perlu dipercakapkan, tetapi ramai pemimpin Melayu dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) mulai percaya bahawa DAP MERUPAKAN LIABILITI KEPADA GABUNGAN ITU. Ada yang percaya bahawa PELBAGAI MASALAH BESAR YANG SEDANG MENGHANTUI PH pada masa ini sebahagian besarnya BERPUNCA DARIPADA DAP. Segala-galanya bermula dengan baik.  PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

DAP merupakan sebahagian daripada pasukan tersebut. Gabungan empat parti yang benar-benar menampilkan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia berjaya menggulingkan kerajaan yang berkuasa sejak Merdeka. Tidak ramai yang percaya hal tersebut boleh berlaku.

Namun demikian PH memenanginya. Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin negara untuk kali kedua. Harapan merupakan kata kuncinya. Rakyat mengharapkan Tun Mahathir dan barisan menterinya bakal mengubah Malaysia selama-lamanya, sudah pasti ke arah yang lebih baik.

Tambahan pula mereka berjaya menumbangkan pemerintahan kerajaan yang dikatakan korup dan kleptokratik di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

DAP memainkan peranan penting dalam pilihan raya itu. Walaupun peralihan undi dalam kalangan orang Melayu tidak begitu ketara kepada PH, tetapi pengundi Cina dan India telah menunjukkan jalannya. Disebabkan bilangannya besar, peralihan 10 peratus undi orang Melayu kepada PH pun boleh menjejaskan hasil keseluruhan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...