SEORANG tentera Thailand menembak mati isterinya yang sedang hamil di depan orang ramai di sebuah pasar raya di
wilayah Udon Thani.
Sirinporn Chumboonchu, 40, meninggalkan rumah di Kanchanaburi, awal bulan ini, selepas mengetahui suaminya, Pichet, 41, mempunyai wanita simpanan dan pulang ke rumah keluarganya di Udon Thani, sejauh 400 kilometer.
Pichet
mengekorinya dan ketika bertemu dengan isterinya di sebuah pasar raya Jumaat
lalu, mereka bertengkar sebelum dia menembak isterinya tiga kali dari belakang
selepas wanita itu mahu bercerai.
Isterinya mati di hospital manakala Pichet cedera
di dada terkena tembakan pistolnya sendiri.
Polis bagaimanapun, yakin Pichet bukan mahu membunuh diri
sebaliknya tertembak dirinya ketika mahu mengeluarkan peluru yang tersekat.
Peluru
sesat juga mengenai kaki seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dan dada
seorang pembantu jualan berumur 32 tahun yang kini dalam keadaan kritikal.
Ketua
Polis wilayah Udhon Tani, Kolonel Suchat Uthayo, berkata anggota tentera itu ditahan kerana membunuh dan membawa senjata
api di tempat awam.
“Dia
menggunakan pistol automatik 9mm dan punca pergaduhan mereka si isteri tahu
Phicet mempunyai wanita simpanan.
“Isterinya enggan kembali
kepadanya, malah mahu bercerai,” katanya. - Daily Mail