Translate

19/09/2011

MANOHARAN "PUNDA MUNIK" - KOMUNIS INDIA ???


KUALA LUMPUR 18 Sept. - Biadab dan kurang ajar.

Itu reaksi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menegaskan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang.



Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, penghinaan terhadap panji negara itu adalah cubaan pembangkang untuk menerap ideologi komunis moden terhadap generasi muda demi mencapai matlamat untuk memecah-belahkan bangsa Malaysia.

Justeru, beliau secara sinis 'mempersilakan' ADUN DAP itu untuk meninggalkan negara ini secara hormat dan memulangkan taraf kewarganegaraan yang dimiliki jika tidak bersetuju dengan setiap perkara yang menjadi lambang dan identiti negara Malaysia.

"Mereka (DAP) semakin kurang ajar dan mereka inilah pengkhianat negara yang sepatutnya tidak layak duduk di muka bumi Malaysia ini.

"Kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana mereka dilihat mempunyai agenda tersusun untuk mencucuk minda masyarakat melalui penghinaan demi penghinaan secara halus," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohd. Rapiee pula berkata, kenyataan terlampau Manoharan itu tidak boleh dipandang enteng kerana sanggup menjatuhkan maruah negara melalui penghinaan cukup besar terhadap Jalur Gemilang.

Justeru, DAP perlu segera membuat pendirian rasmi terhadap Manoharan dengan bertindak melucutkan jawatan beliau sekiranya parti itu benar-benar berjuang demi negara.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli pula menganggap Manoharan seolah-olah seorang pendatang asing yang baru tiba di Malaysia apabila 'terkejut' dengan rupa bentuk bendera yang dikatakan meniru bendera AS.

"Satu demi satu fakta sejarah mahu diubah dan dipertikaikan pembangkang. Jika kerajaan tidak menangani isu sebegini secara bijak, saya percaya tidak lama lagi ramai rakyat negara ini sakit jiwa dengan permainan politik mereka," katanya.

Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, tindakan Manoharan itu menunjukkan matlamat pembangkang adalah untuk membuang identiti kebangsaan negara serta membuka ruang untuk budaya asing menyelinap masuk.

"Sekiranya pembangkang memerintah satu hari nanti, tidak mustahil bagi mereka untuk membuang identiti kebangsaan negara ini yang telah dibina melalui keringat nenek moyang serta kepimpinan kita terdahulu."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...