Translate

19/09/2011

SURUHANJAYA DIRAJA DITUBUHKAN SIASAT USTAS NUAR ALJUBURI


KUALA LUMPUR 18 Sept.- Pihak berkuasa didesak supaya segera menyiasat pendedahan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mempunyai hubungkait dengan skandal video seks beliau yang didedahkan trio Datuk T sebelum ini.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, satu suruhanjaya diraja juga sepatutnya diwujudkan bagi menyiasat isu berhubung penglibatan Anwar dalam skandal tersebut.


"Perkara ini tidak ke mana, Anwar akan tetap bebas ke sana ke mari sedangkan beliau sepatutnya sudah dikenakan tindakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pendedahan CCTV di dalam blog PapaGomo semalam yang didakwa menunjukkan Anwar memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu dikatakan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita warga China.

Image Detail

Dalam video itu, turut kelihatan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap pendedahan video hubungan seks melibatkan Anwar dengan wanita tersebut.

Anuar berkata, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sudah tidak boleh diberi pilihan untuk mengaku atau tidak berhubung penglibatannya dalam skandal itu sebaliknya pihak berkuasa yang perlu menentukan sama ada Anwar bersalah atau tidak.

"Beliau sesekali tidak akan mengakui bahawa beliau orang yang dirakam di dalam video seks itu kerana ini adalah sifatnya untuk tidak mengaku sebarang kesalahan yang dibuat.

"Malah dia sendiri pernah beritahu saya buat apa mengaku kerana ia hanya akan menyebabkannya kehilangan sokongan orang ramai. Sekurang-kurangnya jika tidak mengaku beliau akan ada sokongan ramai walaupun separuh," katanya.

Dalam pada itu, Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar dicabar untuk segera mengeluarkan kenyataan dengan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) apabila video-video mengenai skandal seksnya tersebar.

"Kali ini saya mencabar beliau supaya duduk di depan media bersama Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah untuk menafikan bahawa Anwar terlibat di dalam video itu. Beliau juga dicabar menuduh UMNO dan BN yang bertanggungjawab mewujudkan konspirasi video itu," katanya.

Katanya, ini kerana sekiranya beliau tidak didesak sedemikian, Anwar akan tetap menuduh bahawa apa yang didedahkan itu adalah perbuatan UMNO.

Mengenai siasatan berhubung video seks melibatkan Anwar, Mohd. Zahid berkata, Peguam Negara perlu segera membuat keputusan mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Pihak polis sudah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Peguam Negara tetapi kenapa sehingga hari ini tiada keputusan dibuat mengenainya?," katanya.

Beliau turut mendesak pihak berkuasa menyiasat rakaman CCTV terbaru yang didedahkan itu memandangkan ia mempunyai kaitan dengan skandal video seks Anwar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...