Hakikatnya kini Anwar Ibrahim sudah terkepung dari segenap penjuru…impiannya yang dibina kira-kira 13 tahun yang lalu untuk menjadi pemimpin politik tertinggi negara ini telah hancur berkecai, ibarat kaca terhempas ke batu. Harapan yang dibina setinggi gunung itu, kini telah ranap. Perancangannya untuk terus dijunjung dan disanjung sebagai tokoh utama bagi Pakatan Pembangkang yang memperjuangkan kebebasan dan keadilan, juga mulai kendur, malap dan tidak bermaya.
Ini adalah lantaran sikap angkuhnya yang tidak pernah mahu mengubah kecanduan dan perlakuan nafsu negatifnya, yang membuatkannya semakin terbelit dan terikat dengan masalah peribadi yang berpanjangan dan tidak terselesaikan.
Senario ini telah mula mengubah pemikiran umum terhadap Anwar Ibrahim. Kilauan jaket kalis peluru bersadur emas sebagai tonggak Pejuang Islam yang memukau para penyokong PAS sebelum ini mulai luntur, dan tembaganya mulai jelas kelihatan, bahkan mula berkarat.
Saya yakin dan percaya isteri Anwar, Wan Azizah sudah ketandusan modal untuk melakonkan watak ‘isteri yang amat percayakan suaminya’ kerana semasa beliau berucap di Kongres PKR baru-baru ini, beliau berlakon memuji suaminya sebagai ‘Anugerah Allah Kepada Malaysia’ sedangkan airmukanya boleh dibaca dengan jelas , bahawa beliau sendiri tidak percaya kepada kata-kata yang dilaungkan itu…saya yakin 5% pun Azizah tidak percayakan kata-katanya itu .
Bukan itu saja, malah anaknya Nurul Izzah juga saya percaya sudah tidak yakin dengan bapanya lagi buat masa ini. Ini dapat dilihat dengan jelas nada dan isi ucapan beliau semasa bercakap dalam Dewan Rakyat akhir-akhir ini. Kemarahannya yang dilepaskan di mana-mana sebelum ini terhadap kononnya ada pihak yang buat konspirasi menjatuhkan bapanya, sudah tidak ada lagi. Malah perawakan wajahnya di kaca Tv semasa menghadiri perbicaraan Kes Liwat Anwar yang terbaru itu, menjelaskan hakikat ini.
Cuma yang masih percayakan Anwar Ibrahim 100% ialah Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kesian, maklumlah, beliau ini tidak diberikan maklumat sebenar tentang Anwar. Dia berkenalan dengan Anwar semasa Anwar menjadi Presiden ABIM dulu, penuh dengan ‘lakonan’ perwatakan seorang pemimpin Islam, yang warak, tak bersalam dengan wanita, bercakap menggunakan kalimah-kalimah Bahasa Arab, petikan Hadis-hadis Nabi dan Ayat-ayat Quran .
Malangnya Nik Aziz tidak langsung mengikuti perkembangan Anwar setelah beliau meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO, terutama semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO . Nik Aziz tidak tahu perkembangan secara drastik berlaku kepada peribadi Anwar Ibrahim ini. Nik Aziz tak sedar, watak Anwar sebagai pemimpin Islam yang warak dan tawadhuk itu hanya bertahan selama kira-kira enam bulan sahaja selepas beliau menyertai UMNO pada tahun 1981. (Perlu ditegaskan di sini bahawa UMNO tidak pernah mengajar ahlinya melakukan maksiat...kandungan perlembagaan UMNO amat murni..tetapi UMNO tidak boleh mencegah kelakuan individu yang ada dalam partinya, kecualilah ia diputuskan oleh pemimpin dan ahlinya untuk sebarang tindakan) .
Anwar telah mula menggemari KARAOKE kata sahabat saya Subky Latif, Pengarang Harakah (pada masa itu) . Itu langkah pertama perubahan (untuk pengetahuan Tok Guru Nik Aziz)…kemudian beliau mula bersalam dengan wanita , belajar berdansa …”dari situ dia maju ke depan terus-terusan” kata seorang pemimpin UMNO Kedah kepada saya.
Nah…hal seperti ini yang tidak diketahui oleh para pengikut PAS khususnya Nik Aziz sendiri. Jadi tidak hairanlah kalau Nik Aziz akan menyokong terus Anwar walau apa keadaan pun. Inilah sebabnya kita dapati ada penyokong PAS sendiri yang berkata kepada Nik Aziz sebagai “ketinggalan keretapi”.
Bagaimanapun lain keadaan dengan para pemimpin PAS lain seperti Presiden PAS sendiri Haji Abd.Hadi Awang, Timbalannya Haji Nasarudin Mat Isa, Naib Presiden Salahudin Ayub dan lain-lain…mereka ini tahu perkembangan dan perubahan yang berlaku kepada Anwar, walaupun maklumat tentang Anwar itu agak terlewat sampai kepada mereka .
Tetapi saya yakin dan percaya dalam masa tak berapa lama lagi Nik Aziz juga akan memahami situasi dan kondisi ini, terutama selepas Mahkamah membuat keputusan terhadap kes liwat terbaru , yang sedang dihadapi oleh Anwar sekarang ini.
Oleh yang demikian , Anwar tidak ada pilihan lain lagi, kecuali meninggalkan Pakatan Pembangkang , demi menyelamatkan talian hayat politiknya daripada terkubur buat selama-lamanya. Saya nyatakan ini adalah berdasarkan fakta yang jelas dan nyata , kerana tokoh yang dianggap ‘Raja’ dalam DAP ialah Pengerusinya Karpal Singh. Ia lebih dihormati dari penasihatnya Lim Kit Siang.
Karpal Singh telah pun menyatakan bantahannya yang keras terhadap perancangan dan ‘Teori Konspirasi’ Anwar Ibrahim untuk membeli Ahli Parlimen dari BN untuk menyertai Pakatan Pembangkang dalam usahanya menguasai Putrajaya pada 16 September yang gagal itu.
Ertinya, sekiranya pembangkang menang pada PRU ke 13 akan datang inipun, Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri…kerana Karpal Sing tidak menyukainya..! Mengenali Lim Kit Siang (semasa saya memimpin gerakan NGO dengan profil tinggi dulu) , beliau akan tetap menjaga hati rakan seperjuangan dan tidak akan menukar prinsip setiakawannya terhadap Karpal Singh. Anwar pasti akan menyedari kelak bahawa yang dikejarnya hanyalah ‘fatamurgana’ atau cahaya warna warni yang ada kelihatan pada pelangi, tetapi bila cuba ditangkap, cahaya itu hilang dan kelihatan berada di tempat lain pula..!
Dengan kuasa Allah Yang Maha Esa, kini kepimpinan Yahudi Amerika (seperti yang dilaporkan oleh Media barat), sudah hilang kepercayaan terhadap Anwar serta menganggap Anwar bersandiwara dalam banyak hal…mempergunakan orang lain untuk muslihat peribadinya …!!!
Nasihat saya, sebagai seorang bekas sahabatnya (yang beliau banggakan melalui kenyataannya kepada media antarabangsa seperti Asiaweek, Far Eastern Economic Revew dll atas kejayaan saya buat kali pertama menawan Kampus Universiti Malaya atas tiket Islamic Group), kembalilah Sdra Anwar dengan penuh keinsafan untuk terus berjuang …bukan atas tiket PKR yang penuh dengan kepalsuan itu , tetapi atas wadah UMNO.
Hanya UMNO yang sebenar-benarnya mampu untuk menegakkan agama Islam, mempertahankan Hak Asasi Orang-orang Melayu, bahasa, kebudayaan serta adat istiadatnya , dan mempertahankan martabat Raja-Raja Melayu yang duduknya di atas dari semua status sosial melindungi agama, bangsa dan tanah air kita.
Bagaimanapun saya tidak boleh memberi jaminan bahawa Anwar Ibrahim ini akan diterima semula menjadi ahli UMNO oleh pemimpin dan ahli UMNO . Tetapi tidak mustahil bekas Timbalan Presiden UMNO ini …akhirnya akan diterima kembali menjadi ahli UMNO selepas melalui iddah serta proses ‘Kurantin’ yang agak lama, bagi menghapuskan segala virus negatif serta kuman penyakit politik dan sikapnya, yang membawa kepada kemusnahannya…!
Sekian, Wallahu A’lambissawab wa ilaikalmasir.