Translate

08/02/2011

NIK AZIZ 'JUAL' NASA TANTAWI MACAM KELDAI???

Nampak sangat pertentangan ketara diantara Mursyidul Am PAS dan juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ini semakin meruncing.

Katanya, Nasaruddin Hassan Tantawi mahu debat diantara Nik Aziz dan Majlis Fatwa Kebangsaan dipercepatkan.

Konon kata beliau, debat tersebut akan menyelesaikan pertelingkahan, pertikaian, perselisihan faham diantara kedua - dua belah pihak.

Bagi Nasa, ianya sangat penting supaya kebenaran dapat ditegakkan dan memastikan sebarang kekeliruan, tohmahan serta fitnah dapat dipadamkan.


Dalam masa yang sama, mungkin inilah satu - satunya cara untuk 'mengajar' Mursyidul Am PAS tu supaya bercakap tu jangan main ikut sedap mulut je. 


PAS hari ni dah mula jadi kucar - kacir sebab dek Nik Aziz ni je. Memang sah Nik Aziz ni gila kuasa. Entah bila nak sedar diri pun tak tau la.

Tapi, nampak gayanya, si Nasa tu pulak yang kena 'main' dengan Nik Aziz. Tak pasal - pasal je Ketua Pemuda PAS tu diperbodoh - bodohkan oleh Mursyidul Amnya sendiri.

Hari ni, keluar pulak kenyataan dari Nik Aziz menafikan beliau mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung beberapa kenyataan yang didakwa merosakkan akidah.

Menteri Besar Kelantan kata, beliau hanya sedia berdebat dengan pihak lain, tapi bukan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan. Diulangi, SEDIA BERDEBAT DENGAN PIHAK LAIN.

Beliau mendakwa tidak tahu dari mana punca keluar cerita kata nak berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan. Mengulangi kata - katanya sendiri:

"Tapi saya sendiri langsung tidak timbul nak debat dengan Majlis Fatwa. Saya kata kalau saya (hanya) nak debat dengan sesiapa tetapi bukan dengan Majlis Fatwa," katanya kepada pemberita.

Jadi, kalau Nik Aziz sedia berdebat dengan sesiapa pun, boleh la Prof. Mohd Noor Deris tawar diri untuk sahut cabaran tersebut.

Sebab beliau jelas 'Pihak Lain' dan bukan Majlis Fatwa Kebangsaan. Yang Nik Aziz banyak sangat berdolak - dalih ni kenapa?

Yang rakyat nak tahu sekarang, beliau berani atau tidak berdebat untuk membuktikan bahawa 'fatwa - fatwa' yang dikeluarkan sebelum ini betul berada pada landasan agama yang sebenarnya?

Atau adakah ianya hanya mainan politik beliau yang jelas mempergunakan kesucian agama Islam sebagai alat untuk beliau terus mendapat sokongan?

Sejak dia dikelilingi Ular dan Ketua Penipu dah menjadikan Nik Aziz ni kuat putar belit pulak sekarang ni. Kejap nak berdebat, kejap kata tak nak. 


Lepas tu tukar pulak. Kata nak berdebat dengan Majlis Fatwa, kejap kata tidak. Ni nak berdebat dengan pihak lain. Nyanyuk dah orang tua ni.

Tok Guru jadahnya kalau dah suka putar belit macam ni. Lagi ada orang nak percaya pada apa yang dia cakap ke? Ceit!!! Pigidah!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...