Translate

Memaparkan catatan dengan label TSMY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TSMY. Papar semua catatan

16/03/2023

#KES JANA WIBAWA: ADA SYARIKAT CINA TERIMA PROJEK KERANA ‘KAWAN BAIK’


Kerajaan menegaskan keputusan untuk merunding semula PROJEK JANA EKONOMI PEMERKASAAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA BERWIBAWA (JANA WIBAWA) adalah kerana didakwa berlaku BANYAK PELANGGARAN PERATURAN KEWANGAN.

KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan keputusan untuk merunding semula projek Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) adalah kerana didakwa berlaku banyak pelanggaran peraturan kewangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara yang DIKESAN IALAH TERDAPAT SYARIKAT CINA DI JOHOR YANG ‘DIBUMIPUTERAKAN’ dan menerima projek berkenaan hanya kerana bergelar ‘KAWAN BAIK’.

Begitu pun, jelas beliau kerajaan akan meneruskan projek Jana Wibawa bagi membantu golongan Bumiputera.

“Itu pun nak pertahankan, yang mesti pertahan ini projek bumiputera tetapi bagi pada Cina. Tak apa, apa dia (bagi syarikat Cina) peraturan kewangan apa itu?

“Kalau nak beri projek saya tak kisah, tapi untuk Bumiputera. Ini dikelirukan,” katanya ketika menggulung Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Khamis.

Dalam masa yang sama, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mahu menyiasat mana-mana projek yang dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Katanya, siasatan bukan sahaja melibatkan Jana Wibawa 1.0 yang dikaitkan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi juga Jana Wibawa 2.0 di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“SPRM nak semak, semak. Saya tak kata harus semak hanya Jana Wibawa 1.0, kalau SPRM rasa ada bukti, Jana Wibawa 2.0 di bawah Bera, dia siasat. Saya tak suruh,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan sekali lagi berkata, pendakwaan yang dilakukan terhadap segelintir individu berhubung projek Jana Wibawa bukan bertujuan untuk menganiaya, menekan atau menzalimi sesiapa.

Paling dikesali, Ahli Parlimen Tambun itu berkata terdapat pihak yang sanggup melebelkan pertuduhan tersebut sebagai fitnah dan pendakwaan terpilih.

“Saya tahu apa erti pendakwaan terpilih tetapi mengapa dicerca kita (Kerajaan Perpaduan). Sepatutnya dituju kepada SPRM dan Pejabat Peguam Negara.

“Ini maknanya seolah-olah rasuah dipertahankan kerana dia kawan kita. Ini kaum kabilah asabiah ini! Tengok dulu pertuduhan, tengok dulu bukti… Betul atau tidak rasuah, betul atau tidak fitnah?

“Kalau fitnah, tak payah tunggu Pas, saya sendiri akan bangun menentang. Tetapi kalau benar ada rasuah, penyelewengan kuasa, yang Islam baca al-Quran, baca hadis, kitab… dan kerana kita pertahankan rasuah, di mana pendirian kita?,” soal Anwar.

Projek Jana Wibawa merupakan program khusus pembangunan kontraktor Bumiputera Tulen yang semasa pandemik COVID-19.

Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 dan bertujuan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek kerajaan serta meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan, ia juga sebahagian usaha mencapai matlamat memperkukuh Komuniti Ekonomi Bumiputera (BEC).

Sumber: Berita Harian

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

#JANA WIBAWA: DATUK ROY DITAHAN SEMULA SELEPAS DIBEBAS DENGAN JAMINAN


KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai ‘DATUK ROY‘ yang disiasat selama tiga hari berkaitan program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa), dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

 Majistret Noorelynna Hanim Abd. Halim membebaskan individu berusia 54 tahun itu selepas pihak SPRM tidak mengemukakan permohonan untuk lanjutan reman.

 Selasa lalu, Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan agensi tersebut untuk menahan reman ahli perniagaan itu hingga hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

 Peguam Fahmi Abd. Moin yang mewakili lelaki itu berkata, anak guamnya hadir hari ini untuk formaliti bagi membolehkan pihak SPRM memaklumkan tiada lanjutan reman.

 Menurut peguam itu, Datuk Roy selanjutnya ditahan untuk siasatan satu kes lain melibatkan Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009

 KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

23/02/2023

#JANA WIBAWA: PENGURUS SYARIKAT DIDAKWA MINTA, TERIMA SUAPAN M12.87J


Seorang ahli perniagaan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor pada Rabu, ATAS SEMBILAN PERTUDUHAN MEMINTA DAN MENERIMA RASUAH BERJUMLAH RM12.87 JUTA BERKAITAN PROJEK JANA WIBAWA antara Julai 2021 hingga Oktober tahun lalu, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Bagaimanapun, DATUK TEO WEE CHENG BERUSIA 65 TAHUN itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Tertuduh yang juga Pengarah SSH Furniture Sdn Bhd didakwa atas dua pertuduhan meminta wang suapan sebanyak RM3.9 juta dan RM7.4 yang juga 10 peratus daripada harga kontrak membabitkan program Jana Wibawa yang bernilai RM39 juta dan RM74 juta.

Artikel: https://bit.ly/3ZbQbkt

RUJUK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...