Translate

16/03/2023

#KES JANA WIBAWA: ADA SYARIKAT CINA TERIMA PROJEK KERANA ‘KAWAN BAIK’


Kerajaan menegaskan keputusan untuk merunding semula PROJEK JANA EKONOMI PEMERKASAAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA BERWIBAWA (JANA WIBAWA) adalah kerana didakwa berlaku BANYAK PELANGGARAN PERATURAN KEWANGAN.

KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan keputusan untuk merunding semula projek Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) adalah kerana didakwa berlaku banyak pelanggaran peraturan kewangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara yang DIKESAN IALAH TERDAPAT SYARIKAT CINA DI JOHOR YANG ‘DIBUMIPUTERAKAN’ dan menerima projek berkenaan hanya kerana bergelar ‘KAWAN BAIK’.

Begitu pun, jelas beliau kerajaan akan meneruskan projek Jana Wibawa bagi membantu golongan Bumiputera.

“Itu pun nak pertahankan, yang mesti pertahan ini projek bumiputera tetapi bagi pada Cina. Tak apa, apa dia (bagi syarikat Cina) peraturan kewangan apa itu?

“Kalau nak beri projek saya tak kisah, tapi untuk Bumiputera. Ini dikelirukan,” katanya ketika menggulung Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Khamis.

Dalam masa yang sama, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mahu menyiasat mana-mana projek yang dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Katanya, siasatan bukan sahaja melibatkan Jana Wibawa 1.0 yang dikaitkan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi juga Jana Wibawa 2.0 di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“SPRM nak semak, semak. Saya tak kata harus semak hanya Jana Wibawa 1.0, kalau SPRM rasa ada bukti, Jana Wibawa 2.0 di bawah Bera, dia siasat. Saya tak suruh,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan sekali lagi berkata, pendakwaan yang dilakukan terhadap segelintir individu berhubung projek Jana Wibawa bukan bertujuan untuk menganiaya, menekan atau menzalimi sesiapa.

Paling dikesali, Ahli Parlimen Tambun itu berkata terdapat pihak yang sanggup melebelkan pertuduhan tersebut sebagai fitnah dan pendakwaan terpilih.

“Saya tahu apa erti pendakwaan terpilih tetapi mengapa dicerca kita (Kerajaan Perpaduan). Sepatutnya dituju kepada SPRM dan Pejabat Peguam Negara.

“Ini maknanya seolah-olah rasuah dipertahankan kerana dia kawan kita. Ini kaum kabilah asabiah ini! Tengok dulu pertuduhan, tengok dulu bukti… Betul atau tidak rasuah, betul atau tidak fitnah?

“Kalau fitnah, tak payah tunggu Pas, saya sendiri akan bangun menentang. Tetapi kalau benar ada rasuah, penyelewengan kuasa, yang Islam baca al-Quran, baca hadis, kitab… dan kerana kita pertahankan rasuah, di mana pendirian kita?,” soal Anwar.

Projek Jana Wibawa merupakan program khusus pembangunan kontraktor Bumiputera Tulen yang semasa pandemik COVID-19.

Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 dan bertujuan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek kerajaan serta meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan, ia juga sebahagian usaha mencapai matlamat memperkukuh Komuniti Ekonomi Bumiputera (BEC).

Sumber: Berita Harian

KLIK DISINI UNTUK RUJUKAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...