Selasa, 19 Februari 2013

TAHNIAH DAN SYABAS GELOMBANG MERAH - TUKAR

mustapha-anakkelantanxx
Datuk Seri Mustapa Mohamed bukanlah pemimpin yang suka cakap besar atau omong kosong.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu tahu hakikat betapa sukar untuk UMNO atau Barisan Nasional (BN) Kelantan menawan negeri yang sudah ditadbirkan PAS lebih 23 tahun.

Malah, Ahli Parlimen Jeli itu melihat bagaimana rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang terus memangkah PAS termasuk mereka yang berhijrah tetapi kembali ke negeri asal ketika pilihan raya 1999, 2004 dan 2008.

Bagaimanapun, Mustapa cukup yakin ada kejutan pada PRU 13 berdasarkan kebangkitan rakyat negeri itu melalui Gelombang Merah – gerakan kebangkitan rakyat Kelantan- untuk menghukum PAS setelah gagal membela nasib dan masa depan rakyat negeri tersebut.

Terlalu banyak kepincangan, penyelewengan dan perpecahan dan rakyat Kelantan tidak sanggup menempuh semua itu untuk lima tahun lagi jika PAS terus memerintah.

Sebab itulah rakyat Kelantan yang menyertai Gelombang Merah semangat bersemangat melaungkan slogan ‘TUKAR’ – isyarat untuk menukar kerajaan PAS Kelantan pada PRU 13.

Justeru itu, ketika berucap di Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate di Perantauan bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil, petang Ahad, Mustafa berjanji menyerahkan ‘Kota Darul Naim’ (Kelantan) dan pertambahan kerusi parlimen kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditemui Agendadaily dan ditanya kenapa beliau yakin dapat menunaikan perkara itu, Mustapa menegaskan, kebangkitan rakyat Kelantan dan kehadiran puluhan ribu mereka di setiap program Gelombang Merah menunjukkan kebangkitan luar biasa rakyat negeri itu untuk TUKAR kerajaan negeri.

Baca lagi dan KLIK DISINI 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...