Kehadiran ibu/bapa di Mesyuarat Agung PIBG SMK Rusila - ramai guru-guru daripada ibu/bapa. |
Rhu Rendang - Inilah
yang berlaku dewasa ini, terutamanya hampirnya Pilihanraya UMUM ke 13 yang akan
tiba pada bila-bila masa saja lagi.
Perkara ini berlaku ketika Majlis Mesyuarat Agung PIBG Sekolah
Menengah RUSILA pada 16/02/2013 jam 9.00 pagi, alangkah sedihnya kehadiran
ibu/bapa dan penjaga pelajar hanya tidak melebihi 40 orang.
Pengerusi PIBG En. Zakaria Ngah juga merasakan terkilan diatas sikap ibu/bapa dan penjaga pelajar yang tidak mengambil berat diatas kehadiran di Mesyuarat Agung tersebut demi untuk anak-anak mereka sendiri, walaupun surat pemberitahuan telahpun diedarkan dua minggu sebelum mesyuarat berlangsung.
Kehadiran penerimaan BR1M pada hari ini 19/02/2013 di Dewan MDM |
Namun begitu disebaliknya pula berlaku, apabila kehadiran untuk menerima
wang Bantuan Rakyat 1Malaysia pada hari ini 19/02/2013 bagi Peti Undi Rusila
seramai 304 orang hadir .
Beginilah prinsip hidup yang menjiwai setiap pengikut tegar Haji Hadi Awang menghasut demi untuk kepentingan politik, sehinggakan sanggup menghina, mencaci kerajaan dan pemimpin, tetapi sebaliknya menerima bantuan yang diberi oleh kerajaan sepertimana yang berlaku ketika ini.
Paparan yang tertulis dipapan tanda yang dipaparkan di tepi lebuhraya Rhu Renggeh adalah jelas menunjukkan apa yang diarahkan oleh Presiden PAS sendiri agar pengikutnya mengikuti jejak langkahnya yang pincang, demi untuk politik kotor dan jijik.