1. Sudah hampir sebulan umat Islam berpuasa berlapar dahaga bagi memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ketiga itu, kini hanya tinggal beberapa hari lagi menjelangnya 1 Syawal yang sudah tidak sabar kita semua nantikan.
2. Sebagaimana biasa tiap kali menjelang hariraya Aidilfitri, ramai anak Kelantan di perantauan akan bersesak-sesak pulang ke kampung halaman masing-masing dengan wajah ceria kerana berpeluang bertemu sanak
saudara.
3. Barangkali bagi anak Kelantan yang mencari rezeki di negeri orang, ada sesetengahnya yang masih menyokong PAS belum pun menyedari bahawa inilah Aidilfitri terakhir yang dapat mereka sambut tatkala Kelantan masih lagi dikuasai PAS.
4. Selepas Aidilfitri 2012 ini, detik baru untuk rakyat Kelantan akan kembali bersinar sebaik sahaja visel ditiupkan menandakan bermulanya PRU 13.
5. Alang-alang sudah banyak kesedaran timbul di kalangan rakyatnya diikuti penghijrahan sokongan pengundi atas pagar yang semakin mendekati UMNO, disamping dukungan kuat ramai pemimpin PAS yang mahu berganding bahu membina Kelantan Baru, tidak syak lagi Aidilfitri ini amat bermakna sekali.
6. Lebih kurang 22 tahun Kelantan dibayangi kelemahan urus tadbir negeri gara-gara sikap tidak cakna Menteri Besarnya yang lebih banyak bercakap berbanding kerja buat, kini tibalah masanya untuk melakukan
perubahan total.
7. Mengikut beberapa kajian, analisis dan simulasi terkini berkaitan kecenderongan para pengundi di Kelantan, kesemuanya positif meletakkan BN khususnya UMNO berada di posisi yang selesa untuk menang di 25 hingga 29 kerusi DUN.
Baca artikel selanjutnya dan KLIK DISINI