Translate

28/04/2013

Anwar BAPAK Penipu Besar, Rakyat Jangan Lupa

HARI ini penulis lihat berterabur papan tanda di sekitar Selangor dan Putrajaya yang menyebut tentang ‘tawaran-tawaran’ Pakatan Rakyat  kalau puak ini berjaya menjadi kerajaan.  Tapi anehnya, bukan gambar Anwar Ibrahim yang menjadi gambar utama, sebaliknya gambar Nik Aziz.

Sedangkan yang ‘tawar’ dan jaja merata cerita tu semua ialah Anwar Ibrahim tapi kenapa bila buat playwood Billboard, gambar Nik Aziz pulak yang dibesarkan?


Nik Aziz sendiri kena kencing dengan Anwar pasal royalti minyak 20%  Kelantan tak dimasukkan dalam manifesto, tapi bab nak yakinkan rakyat, buh gambar dia.

Risik-risik, rupanya baru dapat tau, Pakatan tak confident kalau bubuh gambar Anwar sebab Anwar dan penipuan macam irama dan lagu, kalau dipisahkan pincanglah irama.  Maka itulah tidak ada confident untuk bubuh gambar Anwar sebelah ‘tawaran’ manifesto.

Ini puak dia sendiri yang tak confident nih, bukan UMNO pun.

Hakikatnya, semua orang tahu Anwar penipu, dah banyak kes yang membuktikan Anwar ini penipu besar.  28 juta rakyat Malaysia ini pun Anwar pernah tipu tau bila dakwa sudah bersedia untuk jadi Perdana Menteri pada 16 September 2008.

Bukan sikit anak 28 juta tu, tapi itupun Anwar pernah tipu.

Kalau nak kata penulis tipu, bawah ini ada banyak klip-klip video yang memaparkan penipuan terang-terangan Anwar Ibrahim.  Semua ini bukti dan fakta kenapa rakyat perlu jauhkan Anwar dari kerusi Perdana Menteri.
dan:-dan:-

Penulis nak sebut disini, semua pembohongan ini rakyat tak lupa punya.  Budak-budak Anwar yang kencing bercabang tu mungkin lupalah tapi rakyat tidak lupa.

Kalau dia boleh tipu kita semua 16 September, apa dia tak boleh tipu kita kalau diberi peluang dia jadi Perdana Menteri?  Tengok sajalah Selangor dimana Anwar jadi Penasihat Ekonomi.  Berapa dia janji 2008, berapa dia tunaikan?  Gebang busuk macam itu bolehlah, tapi rakyat perlu tunjuk kita bukan bodoh dan mudah ditipu.

Penulis nak tanya rakyat Selangor juga, Anwar dan Khalid cakap besar pasal rizab RM 2 billion, apa hasil dari rizab banyak itu yang kena pada rakyat sekarang, apa hasil?

Yilek..

At least kerajaan persekutuan kutip beratus billion cukai pendapatan, hasilnya dipulangkan semula kepada rakyat yang layak dalam bentuk BR1M, rizab Selangor ni apa hasil nampak?

Oleh yang demikian, berhentilah mempercayai Anwar, minyak turun ka apa ka, semua itu auta.  BN sudah turun 9 kali harga minyak sejak 2008, Anwar nak cerita apa pasal minyak turun?  Kita buat dulu lama sebelum dia.
Setakat turun beberapa bulan, lepas itu naikkan semula, jadah apanya.  Kalau itu berlaku, dimana rakyat nak mengadu masa itu?  Dia jadi Perdana Menteri dah, nak tunggu 5 tahun lagi ka?

Lupakanlah, bila mandat itu berakhir, apa yang tinggal di negara ini pun kita tidak tau lagi.

Ingat ini, Anwar ‘tawar’ hanya untuk dapat undi. Dia ada kepentingan lain yang lebih mendesak kalau dapat jadi Perdana Menteri dan apa pun kepentingan itu, langsung takdak kena mengena dengan rakyat.  Itu kepentingan dia dan dia semata-mata.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...