Translate

28/04/2013

Mustafa Ali takut dan 'tidak muncul' di Masjid Rusila untuk sumpah laknat

MARANG 26 April - Usaha para wartawan bergegas ke Masjid Rusila dekat sini, bagi membuat liputan mengenai Datuk Mustafa Ali yang dikatakan bersedia bersumpah laknat sebaik sahaja selesai solat Jumaat di masjid itu hari ini, ternyata sia-sia.

Setiausaha Agung Pas itu bukan hanya tidak melakukan sumpah laknat seperti diuar-uarkan, malah kelibatnya juga langsung tidak kelihatan sehingga selesai solat Jumaat.

Desas-desus Mustafa mahu membuat sumpah laknat itu tersebar luas menerusi laman blog propembangkang sejak semalam, menyebabkan sebahagian besar wartawan menunggu beliau di masjid tersebut sejak awal pagi ini.

Mustafa dikatakan akan membuat sumpah laknat itu berhubung penyebaran rakaman video seks seorang lelaki yang miripnya baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja selesai solat Jumaat dan sehingga pukul 2 petang selepas sebahagian besar jemaah mula meninggalkan masjid itu, kelibat Mustafa langsung tidak kelihatan.

Malah, para wartawan yang setia menunggu juga dimaklumkan oleh penyokong Pas mereka tidak mengetahui mengenai upacara sumpah laknat seperti disebarkan menerusi internet itu. UTUSAN MALAYSIA


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...