Isnin, 6 Mei 2013

MATLAMAT UTAMA NIK AZIZ TERCAPAI DAN MELEPASKAN JAWATAN MB??

KOTA BHARU - Sama ada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan kekal atau memberi laluan kepada muka baru memegang jawatan Menteri Besar bakal terjawab apabila  majlis  mengangkat sumpah diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian jam 4.30 petang ini.
 
Difahamkan sebelum ini, Nik Aziz, 82, telah menyuarakan hasrat untuk menyerahkan kerusi nombor satu negeri itu kepada pemimpin baru, namun desakan dalaman parti yang masih mahu beliau mengekalkan kerusi yang disandangnya sejak 23 tahun itu.
 
Sehingga jam 12 tengah hari tadi, dikatakan perundingan dan mensyuarat bagi menentukan kepimpinan kerajaan negeri sedang berlangsung.

Difahamkan juga beberapa muka baru akan diangkat sebagai Exco kerajaan negeri.
 
Antara calon pelapis yang dikatakan akan mengantikan Nik Aziz adalah timbalannya, Datuk Ahmad Yakob; Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Speaker Dun Datuk Nasuruddin Daud.
 
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semalam, Pas Kelantan mengekalkan pemerintahannya dengan mendapat 33 kerusi berbading 12 oleh Barisan Nasional.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...