Isnin, 30 September 2013

TOK GURU MASIH HIDUP, TAPI BARANGAN MILIKNYA TELAH DILELONG !!!!

Tongkat Tok Guru RM15,000
Tok Guru belum meninggal lagi barangannya telah dilelong ????
Kenapalah jadi begini kepada pengikut-pengikut PAS Kelantan ???? Kebiasaannya barangan dilelong setelah pemiliknya meninggal dunia, tapi ini lain pulak ceritanya.

KOTA BHARU - Hasrat seorang usahawan terkemuka negeri ini memiliki koleksi peribadi bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi kenyataan apabila berjaya membida salah satu tongkat kesayangan tokoh ulama itu pada harga RM15,000.

Tongkat tersebut dilelong bermula dengan harga RM500.

Abdullah Beeran yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Seri MH Ummi Sdn Bhd berkata, beliau sudah lama menyimpan impian untuk memiliki koleksi peribadi Nik Abdul Aziz yang juga gurunya.

“Rezeki saya, sudah lama saya menyimpan hasrat untuk memiliki koleksi peribadi Tok Guru (Nik Abdul Aziz), akhirnya peluang itu datang hari ini (kelmarin),” katanya ketika ditemui di lokasi jualan di pekarangan Tesco di sini, kelmarin.

Beliau yang juga antara anak murid Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak berhasrat menjual tongkat tersebut, sebaliknya menjadikan ia koleksi peribadinya sebagai tanda penghormatan terhadap gurunya.

Selain itu katanya, antara tujuan utama beliau membida koleksi peribadi Tok Guru itu adalah sebagai medium untuk membantu mangsa kebakaran di Kampung Sireh Bawah Lembah, di sini baru-baru ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...