Translate

Memaparkan catatan dengan label Perhimpunan Bersih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perhimpunan Bersih. Papar semua catatan

27/08/2011

Bila Ambiga Nak Kena Dakwa???????

Kalau UK pun ambil tindakan terhadap penghasut-penghasut, kenapa tindakan yang sama tak boleh dikenakan pada Ambiga?

Bukti bukan masalah sebab berlambak bukti video yang menunjukkan hasutan yang dibuat oleh Ambiga.

Semoga tindakan di Britain ini dapat menjadi pengajaran kepada pihak berkuasa negara kita yang masih beri muka kepada puak-puak yang selalu buat kacau. UK tu Bro...URBAN.....ptuiiii..........penjarakan sekali perusuh perusuh negara., kena 3 bulan baru dia tahu sedap ker tak sedap duk Sg.Buloh tu.

*Kes Mat Sabu pulak macam mana. Bila nak dakwa atas kesalahan buat laporan palsu?


28/07/2011

DARI GOMO UNTUK MARINA...MASIHKAH KAU INGAT ?

Masihkah Datuk Paduka Marina Ingat Betapa Hangatnya
Didakap Jejaka Peranchis ?


Surat untuk Datuk Paduka Marina Mahathir,


YAB PM sentiasa memikirkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, dan oleh kerana itulah pihak Kerajaan telah menawarkan kepada penganjur Bersih sebuah stadium untuk mereka berkumpul bagi menyatakan hasrat mereka.


Tambahan lagi, tugas harian YAB PM juga tidak terjejas sekalipun pihak Bersih tetap berdegil meneruskan tindakan biadap mereka sehingga menderhaka titah DYMM Yang Dipertuan Agong. Yang jelasnya, tindakan mereka tersebut langsung tidak menggugat YAB PM dan TPM dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin Negara pada hari tersebut.

26/07/2011

Ambiga Akui Agong Titah Batalkan Demonstrasi Jalanan 9 Julai - Kenapa tunggu lagi ???

View Image
SHAH ALAM: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga pada Selasa mengaku bahawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan agar pihaknya tidak meneruskan perhimpunan jalanan seperti yang berlaku pada 9 Julai lalu.
Beliau turut mengaku bahawa baginda bertitah demikian empat hari sebelum perhimpunan haram berkenaan diteruskan ketika majlis menghadap di Istana Negara pada 5 Julai lalu.

Yayasan Islam Terengganu Tarik Balik Biasiswa Pelajar Terlibat Perhimpunan Haram

View Image
KUALA TERENGGANU, 26 Julai (Bernama) -- Yayasan Islam Terengganu (YIT) akan menarik balik biasiswa pelajar tajaannya yang terlibat dengan perhimpunan haram di Mesir pada 9 Julai lepas.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan haram itu memberi surat tunjuk sebab bagi memberi peluang mereka membela diri.

23/07/2011

Perhimpunan 9 Julai: Bersih Tak Menang, BN Tak Rugi, Tapi Rakyat Meluat

View Image
KUALA LUMPUR: Beberapa penganalisis politik membuat kesimpulan bahawa setelah berlalunya perhimpunan haram pada 9 Julai, penganjurnya tidak mendapat sebarang keuntungan dan kerajaan Barisan Nasional pula tidak rugi apa-apa.
Mereka berpendapat perhimpunan haram berkenaan gagal memenuhi impian penganjurnya, iaitu satu badan tidak berdaftar dikenali Bersih, untuk melemahkan kedudukan BN atau meningkatkan sokongan terhadap pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS.

22/07/2011

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL KE ATAS MAT SABU



Pihak polis perlu mengambil tindakan yang tegas kepada MAT SABU kerana menghasut, menipu serta memburukkan nama Malaysia di mata dunia.  Perkara ini adalah sangat serius dan tidak boleh diambil ringan oleh pihak berkuasa.  Agak keterlaluan kalau dilihat dewasa kini, pihak pembangkang boleh mempermain-mainkan pihak berkuasa, memperlekehkan tindakan yang diambil oleh Kerajaan.  Untuk menaikan nama beliau dimata dunia, sanggup membuat apa saja, asalkan niatnya berjaya.

18/07/2011

RAHIM NOOR : BERHATI-HATI DENGAN GERAKAN DEMOKRASI.

Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor berkata beliau yakin di sebalik tirai isu hak asasi, sebenarnya ada puak yang menentukan supaya negara yang menentang Yahudi dan Israel, akan jatuh dan Malaysia adalah salah sebuah negara tersebut.
“Pihak itu akan gunakan segala-galanya dan menjadikan orang politik tempatan yang telah dikaji latarbelakangnya sebagai sasaran atau alat menghalalkan cara mereka.

15/07/2011

Kelentong Anwar Ibrahim Pecah Terburai - Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara



Jangan beri muka pada Ambiga

alt


Kerajaan digesa tidak memberi 'mukakepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih),Datuk S.Ambiga kerana tindakannya yang mencadangkan rakyat berpakaian kuning pada setiap Sabtu jelas membuktikan bekas Presiden Majlis Peguam itu mahu mencabar undang-undang negara.

Sepatutnya menurut beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ambiga perlu dikenakan tindakan paling tegas menurut peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan negara ini menjadi huru-hara.

14/07/2011

Keikhlasan DS Abdul Hadi akui polis beri layanan baik

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui berpuas hati dengan layanan baik anggota polis selepas ditahan ketika menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu lalu. 

"(Begitupun) Saya tak mahu diberi layanan terlalu istimewa...Terima kasih kepada anggota keselamatan, terima kasih banyak. Orang lain pun kena layan dengan baik juga kerana tidak ada beza antara kita semua," katanya kepada hampir 5,000 penyokong parti itu yang menyambutnya pulang dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

13/07/2011

SUHAKAM PERLU DIBUBARKAN DAN TIDAK PERLU ADA DI MALAYSIA

Sebagai badan yang ditubuhkan kerajaan BN, dibayar gaji, elaun dan apa segala kemudahan yang perlu, SUHAKAM secara undang-undangnya melapur kepada DYMM Yang Dipertuan Agung.  Pendirian SPB yang tidak bersetuju dalam soal perhimpunan haram ini jelas, berdasarkan titah khas baginda pada 3hb Julai 2011, peliknya SUHAKAM pula mengambil pendirian mahu membela pelaku perhimpunan haram ini!!

10/07/2011

VIDEO TERBAIK BERSIH 2.0 !


MiM berpendapat video di bawah adalah antara yang paling baik sekali kerana ia menunjukkan kecekapan dan tahap profesionalisme pihak FRU berdepan dengan perusuh Beersih 2.0. 

Perhimpunan Haram Usaha Sabotaj Imej Kerajaan, Negara - Penganalisis


KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Perhimpunan haram Sabtu dengan sendirinya menzahirkan kepada rakyat tentang agenda penganjur dalam usaha mereka melakukan sabotaj terhadap imej kerajaan dan negara, kata beberapa penganalisis politik.

Mereka berpendapat perhimpunan itu dimanipulasi pihak tertentu bagi menjayakan agenda politik untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Anwar Lari Dari Perjuangan? Menunggu keputusan Kes Liwat

Permainan Wayang Kulit..... Dah tak lama...Insyallah
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Sedang beberapa pemimpin parti pembangkang PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan polis berhubung perhimpunan haram di sekitar Kuala Lumpur hari ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat seperti lari dari perjuangan.

Penganjur perhimpunan Datuk S. Ambiga juga ditahan ketika cuba berarak menyertai perhimpunan di KL Sentral, seolah-olah dipergunakan parti politik yang turut sama menyokong perhimpunan itu.

09/07/2011

Update : Tahniah PDRM Tiada Sekor Pun Yang Berbaju T BerSHIT!!


Jalan Raja Alang
Selepas menyiapkan laporan mengenai penahanan 14 orang pelajar perempuan tadi. Saya berjalan menuju ke sekitar Chow Kit, Jalan Raja Alang, Kg.Baru, Maju Junction, Jalan Raja Laut dan kini saya berhenti di Jalan P.Ramlee untuk mengemaskini laporan terkini.

UPDATED ! Pelajar-pelajar Di Tahan Polis ! Mana 400 Peguam Beersih?


14 pelajar perempuan sekolah agama ditahan selepas turun dari LRT PWTC.

Hasil pemeriksaan ke dalam beg pelajar-pelajar ini polis turut menjumpai logo Bersih 2.0. Sekarang pelajar-pelajar ini dikumpukan di hadapan Hotel Legend (The Mall) dan selepas ini akan dihantar ke balai Dang Wangi untuk disoal siasat.

Polis Ketatkan Kawalan Demi Keselamatan Orang Ramai

View Image

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis terpaksa mengambil langkah memperketatkan kawalan di ibu negara untuk menentukan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam terus dikekalkan.

"Sekatan jalan raya di tempat-tempat tertentu terpaksa diadakan untuk mengelakkan kumpulan-kumpulan pengacau daripada memasuki bandar raya," katanya pada sidang akhbar di sini.

Nampaknya Bersih Nak Teruskan Juga Perhimpunan


PETALING JAYA: Nampaknya Jawatankuasa Pemandu Gabungan Untuk Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) telah mengeluarkan satu kenyataan media dan memuat naikan makluman di dalam laman web rasmi mereka bahawa perhimpunan di Stadium Merdeka pada jam 2 petang Sabtu akan tetap diteruskan sebagaimana yang dirancang.
Ini bermakna Bersih memutuskan untuk tidak mengendahkan arahan polis dan mahkamah agar tidak berada di kawasan atau tempat yang dilarang ke atas mereka pada Sabtu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...