Sebagai badan yang ditubuhkan kerajaan BN, dibayar gaji, elaun dan apa segala kemudahan yang perlu, SUHAKAM secara undang-undangnya melapur kepada DYMM Yang Dipertuan Agung. Pendirian SPB yang tidak bersetuju dalam soal perhimpunan haram ini jelas, berdasarkan titah khas baginda pada 3hb Julai 2011, peliknya SUHAKAM pula mengambil pendirian mahu membela pelaku perhimpunan haram ini!!
Jika inilah peranan SUHAKAM – membela pesalah undang-undang, penulis cadang dibubarkan terus sahaja badan ini. Orang-orang pencen yang menganggotai badan ini perlu dibiarkan gemuk dengan pencen yang diterima sajalah, tak perlu lagi ditambah kegemukkan itu dengan elaun SUHAKAM pula.
Sejarahnya juga SUHAKAM ini tidak punya wibawa untuk mengendalikan isu-isu hak asasi manusia di Malaysia. Pada satu ketika, bekas menteri yang mengarah tindakan tembak ke atas 14 pengganas PAS di Memali juga pernah mengetuai SUHAKAM. Apa cerita?
Sekarang pun orang yang mempe’kerusi’kan SUHAKAM duduk berpuluh tahun di luar negara sebagai diplomat atas wang rakyat, apa yang dia tau soal kepentingan keselamatan dalam negara? Dah balik ke negara ini, kereta pun ada pemandu yang bawa, barang dapur rumah pun ada orang lain yang belikan, apa yang dia tahu pasal kesusahan rakyat?
Elok perbelanjaan yang dikeluarkan untuk SUHAKAM itu, diperuntukkan kepada Unit Anjing Pengesan Polis, ada juga menafaat dan faedahnya.
Butiran lanjut sila layari: http://www.mykmu.net/?p=11855
Butiran lanjut sila layari: http://www.mykmu.net/?p=11855