Translate

10/07/2011

VIDEO TERBAIK BERSIH 2.0 !


MiM berpendapat video di bawah adalah antara yang paling baik sekali kerana ia menunjukkan kecekapan dan tahap profesionalisme pihak FRU berdepan dengan perusuh Beersih 2.0. 

MiM berkata demikian kerana video ini merakam kesemua aksi yang bermula dengan FRU mengepung kumpulan Beersih, memberi amaran kepada mereka sehinggalah FRU terpaksa menggunakan pemedih mata untuk menyuraikan mereka yang hadir.

Kita pun dapat merasakan ketegangan yang berlaku.


Yang pastinya, pihak FRU tidak menembak ke arah orang ramai tetapi ke arah langit. Dan sudah tentu ada yang terkena kanister dek projektori apabila jatuh ke tanah.

By the end of the day, di manakah menafaatnya perhimpunan haram ini?

Ambiga Sreenevasan telah gagal menggunakan peluang memberikan memorandum 8 tuntutan kepada DYMM Agung walau pun beliau diberi peluang untuk menghadap baginda.

Rungutan dan kritikan tidak akan dapat diselesaikan di atas jalan tetapi masih memerlukan saluran yang betul iaitu melalui perundingan di dalam parlimen. Klaus tentang pilihanraya tetap memerlukan sokongan 2/3 ahli parlimen dan diwartakan setelah dipersetujui oleh DYMM Agung.

Hanya seorang sahaja yang mendapat menafaat ke atas kekecohan Beersih 2.0 iaitu Anwar Ibrahim. Beliau berjaya mencari alasan untuk menangguhkan kes liwat beliau pada 17 Julai ini. Alasannya ialah beliau 'tercedera' dek perhimpunan tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...