Translate

14/07/2011

Keikhlasan DS Abdul Hadi akui polis beri layanan baik

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui berpuas hati dengan layanan baik anggota polis selepas ditahan ketika menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu lalu. 

"(Begitupun) Saya tak mahu diberi layanan terlalu istimewa...Terima kasih kepada anggota keselamatan, terima kasih banyak. Orang lain pun kena layan dengan baik juga kerana tidak ada beza antara kita semua," katanya kepada hampir 5,000 penyokong parti itu yang menyambutnya pulang dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin.


Bagaimanapun, dalam nada keras disambut sorakan penyokongnya dan berucap dari tapak letak kereta di depan LTSM, Abdul Hadi menafikan perhimpunan haram itu dianjurkan parti politik.
DS Hadi dalam 'kenderaan Polis'

Beliau bertegas, perhimpunan disertainya itu dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam serta cerdik pandai dari seluruh negara. 

"Perhimpunan itu disertai cerdik pandai dari seluruh negara, bukannya anjuran parti politik yang melihat banyak perkara tidak kena pada kerajaan yang memerintah," katanya. 

Sehubungan itu, Abdul Hadi dengan angkuh meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) berundur secara terhormat daripada pentadbiran negara bagi mengelak ditumbangkan rakyat seperti terjadi di Mesir.

Penyokong tegar parti itu yang mula membanjiri kawasan letak kereta LTSM sekitar jam 8.30 malam, bersorak gamat apabila Abdul Hadi berkata, peserta perhimpunan haram itu terlalu ramai hingga tidak dapat dikawal polis. 
"Jika kita nak bertempur dengan polis, sudah tentu boleh kerana jumlah kita terlalu ramai hingga polis tidak dapat lagi kawal kita (peserta)," katanya. 

Sebelum Abdul Hadi berucap, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut memaklumkan kepada hadirin bahawa akan ada satu lagi perhimpunan besar di Rusila, Marang pada Jumaat ini dengan disertai 200 ahli PAS yang ditahan dalam perhimpunan haram itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...