Translate

09/07/2011

Nampaknya Bersih Nak Teruskan Juga Perhimpunan


PETALING JAYA: Nampaknya Jawatankuasa Pemandu Gabungan Untuk Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) telah mengeluarkan satu kenyataan media dan memuat naikan makluman di dalam laman web rasmi mereka bahawa perhimpunan di Stadium Merdeka pada jam 2 petang Sabtu akan tetap diteruskan sebagaimana yang dirancang.
Ini bermakna Bersih memutuskan untuk tidak mengendahkan arahan polis dan mahkamah agar tidak berada di kawasan atau tempat yang dilarang ke atas mereka pada Sabtu.

Malah kenyataan itu menyeru orang ramai agar turut bersama-sama Bersih mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka atas alasan ia adalah hak yang dibenarkan di dalam perlembagaan untuk berhimpun secara aman.
Kata Bersih, tidak ada mana-mana agensi atau jabatan yang berhak menghalang orang ramai daripada memasuki ibu kota.
Kenyataan tersebut dikeluarkan atas nama Datuk Ambiga Sreenevasan (pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Ahmad Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Datuk Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.
Untuk keterangan lanjut boleh layari http://bersih.org/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...