Translate

09/07/2011

UPDATED ! Pelajar-pelajar Di Tahan Polis ! Mana 400 Peguam Beersih?


14 pelajar perempuan sekolah agama ditahan selepas turun dari LRT PWTC.

Hasil pemeriksaan ke dalam beg pelajar-pelajar ini polis turut menjumpai logo Bersih 2.0. Sekarang pelajar-pelajar ini dikumpukan di hadapan Hotel Legend (The Mall) dan selepas ini akan dihantar ke balai Dang Wangi untuk disoal siasat.

Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan terdapat 30 orang termasuk kanak-kanak 
dipercayai penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berkumpul di perhentian bas berhampiran stadium Merdeka. Maklumat terbaru diterima, kumpulan tersebut telah bersurai dari perhentian bas itu.
Yang mengecewakan ialah kehadiran kanak-kanak di dalam perhimpunan dan demonstrasi. Siapa yang akan tanggung akibatnya jika ada apa-apa berlaku ke atas mereka?

Di bawah pula adalah beberapa foto yang MiM ambil daripada blog rakan-rakan:-


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...