Translate

11/07/2011

Ambil tindakan tegas terhadap penganjur Bersih

View Image

KUALA LUMPUR 10 Julai - Kerajaan dan pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas terhadap Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang berdegil dengan arahan untuk tidak mengadakan perhimpunan haram di ibu negara semalam.

"Dia (Ambiga) sudah melampau dan menggugat keharmonian negara ini. Disebabkan dia bertegas nak ke Stadium Merdeka, dia cuba lawan polis.

Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad berkata, ia wajar kerana 'hasutan' Ambiga terhadap penyokongnya agar perhimpunan itu diteruskan telah menggugat keharmonian negara.


"Kita ada undang-undang, ada Perlembagaan. Saya minta pihak berkuasa ambil tindakan tegas terhadapnya. Polis jangan takut dengan tekanan luar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nordin yang juga bekas Setiausaha Biro Penerangan Angkatan Muda Keadilan berkata, tindakan pihak berkuasa membebaskan Ambiga selepas ditahan semalam sepatutnya tidak berlaku.

Ini kerana ujarnya, Ambiga sudah pasti akan bebas merancang untuk mengadakan perhimpunan sama nanti.

Jelas beliau, Ambiga sememangnya bukan mahu memperjuangkan apa yang dituntut Bersih tetapi agenda di sebalik perhimpunan itu hanyalah untuk memburukkan nama serta imej negara.

"Kalau kita lihat dalam laman sosial dan laporan agensi berita asing, semuanya cerita tentang keburukan polis dan kerajaan berikutan perhimpunan haram itu.

"Tetapi, tidak ada satu pun yang cerita tentang bagaimana mereka yang ditahan itu diberikan layanan baik oleh polis. Inilah agenda Ambiga. Dia sudah capai matlamatnya," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Ambiga dan Pas hanyalah 'kuda tunggangan' Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digerakkan dalam Bersih untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ujarnya, ia satu tindakan terdesak Anwar bagi membolehkannya dapat bergelar Perdana Menteri dengan jalan mudah.

"Yahudi menguasai dunia menggunakan proksi. Tindakan ini menyamai apa yang dilakukan Anwar yang gunakan Pas dan Ambiga untuk kepentingan dirinya.

"Anwar dan pembangkang tahu bahawa parti lawan mereka (BN) sudah dapat menarik semula hati rakyat. Untuk itu, mereka terpaksa cari peluang untuk menonjol semula.
"Sebab itulah perhimpunan jalanan digunakan," tambahnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...