Kesiannya Nuar AlJuburi.....bila nak mampos agaknya ????? |
Petikan Akhbar Berita Harian Singapura 10/07/2011 -
"Tindakan keras polis jejas imej PM Najib
Pengamat anggap mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh terdekat satu kesilapanSINGAPURA: Para pengamat politik berkata tindakan tegas polis ke atas para penyokong perhimpunan yang tidak dibenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, akan menjejas imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan cedera apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan semburan meriam air.
'Kami bukan penjenayah, kami hanya mahukan pilihan raya yang adil dan bebas,' kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Cik Nurul Izzah Anwar.
'Ramai orang tidak bersalah mengalami kecederaan. Kami mengutuk tindakan kejam Umno dan Barisan Nasional (BN) ini,' katanya kepada wartawan.
Bapanya, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut cedera apabila beliau terjatuh selepas polis melepaskan gas pemedih mata.
Di beberapa lokasi di bandaraya, kumpulan peserta perhimpunan yang tidak dibenarkan itu dilihat cuba merempuh halangan polis, memaksa pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan semburan meriam air.
Lokasi-lokasi terbabit ialah Dataran Merdeka, Pasar Seni, Jalan Hang Kasturi, Menara Maybank, Jalan Tun Perak, Jalan Petaling dan KL Sentral.
Menurut polis, anggota keselamatan berulang kali cuba meleraikan kumpulan tersebut tetapi tidak diendahkan, sebaliknya mereka berdegil dan bertindak di luar batasan undang-undang.
'Pihak polis hanya ingin tunjukkan yang mereka ganas terhadap rakyat Malaysia. Saya tidak akan mengundi kerajaan ini,' kata Cik Chan Mei Yin, 32 tahun, yang turut menyertai perarakan semalam.
Seorang pengamat politik daripada Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Cik Bridget Welsh, berkata adalah satu kesilapan bagi Datuk Seri Najib untuk mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh terdekat kerana imejnya telah tercalar ekoran tindakan polis semalam.
'Memandangkan ramai yang berarak di sebalik tindakan tegas kerajaan, menunjukkan kemarahan pengundi sangat mendalam dan ini hanya akan mendorong pengundi atas pagar untuk lebih condong kepada pembangkang,' katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Abdul Rahman Abu Bakar, pula berkata kumpulan itu akur kepada perintah mahkamah supaya tidak meneruskan perhimpunan.
'Pada mulanya kita menjangkakan hadir dalam perhimpunan ini tetapi Presiden Datuk Ibrahim Ali mendapat arahan polis pada 12 tengah hari ini (semalam) supaya bas-bas yang membawa anggota Perkasa dari Johor Bahru, Pahang, Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan berpatah balik ke negeri masing-masing.
'Perkasa memutuskan untuk tidak meneruskan perhimpunan kerana tidak mahu menyusahkan dan memberi laluan polis untuk mengawal dan menjalankan tugas di tempat berlakunya perhimpunan haram,' katanya.
Sehubungan dengan itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata penganjuran perhimpunan terlarang itu semalam dirancang oleh pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan sendiri.
Katanya, pemimpin pembangkang pula suka sekiranya ada peserta perhimpunan itu yang cedera atau lebih daripada itu agar mudah mereka menyalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga membuat tuduhan kepada kerajaan.
'Saya pelik kenapa orang Melayu khasnya tak rasa kita telah berpecah dalam soal sebegini.
'Ke mana letaknya sayang dan keakuran kita, yang laungkan Islam gunakan sebagai tali Allah dan jangan kita berpecah-belah, tapi kita tidak nampak itu berlaku,' katanya. -- Agensi.