TAIPING, 2 Ogos (Bernama) -- "Sebelum ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), saya ingat ISA ini kejam. Saya cakap terus terang, bukan seperti yang dikatakan di dalam blog, (tahanan) ISA didera, dicabut kuku, diberi makanan (seperti) anjing. Sebenar tidak ada. Yang saya pasti pengisiannya lebih kepada jiwa."
Demikian luahan seorang daripada bekas pegawai Jabatan Imigresen yang dibebaskan daripada tahanan ISA hari ini.
Wanita itu menyifatkan menjalani proses tahanan di bawah ISA adalah tidak teruk malah berpendapat ISA perlu dikekalkan.
"Benda ini (pembebasan) saya memang tidak sangka. Terima kasih...apa yang saya pasti, saya berharap kawan-kawan di luar itu, jadikan perkara yang berlaku pada saya ini satu iktibar dan pengajaran," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan, Tempat Tahanan Perlindungan Taiping di sini hari ini.
Beliau adalah empat daripada lapan bekas pegawai Imigresen yang dibebaskan daripada tahanan ISA yang dibenarkan ditemu ramah wakil media pada kira-kira 3 petang. Tiga daripada lapan pegawai berkenaan dibebaskan hari ini manakala lima lagi dijadual dibebaskan Jumaat ini.
Seorang lagi yang dibebaskan hari ini menyuarakan rasa keinsafan serta sedar atas kesalahan yang dilakukannya serta mahu kembali kepada keluarga untuk menjalani kehidupan baru.
"(Peristiwa) yang terjadi kepada saya ini boleh menjadi teladan kepada kawan-kawan saya dan pegawai Imigresen yang lain agar lebih berintregriti...saya tidak mahu ungkit dan ingat apa-apa lagi (mengenai kesalahan yang telah dilakukan)," katanya.
Bagi bekas pegawai Imigresen yang akan dibebaskan Jumaat ini juga menginsafi kesalahan yang dilakukannya dan menyifatkan proses tahanan di bawah ISA dapat memulihkan dirinya.
"Saya berharap kejadian yang ditakdirkan berlaku terhadap diri saya dapat diambil pengajaran dan iktibar yang bukan hanya kepada diri saya malah juga rakan-rakan yang telah diberikan amanah dan tanggungjawab, maka laksanakanlah dengan betul," katanya.
Beliau yang mahu membina semula karier sebagai usahawan berkata semasa ditahan di situ, semua tahanan diberikan kursus dan latihan terutama motivasi supaya apabila keluar mereka berupaya membina hidup baru.
Beliau berharap rakan-rakannya sekiranya masih melakukan perkara-perkara yang tidak betul dan boleh mengancam keselamatan negara supaya berhenti berbuat demikian.
Seorang lagi yang akan dibebaskan Jumaat ini juga menyesali dan insaf atas kesalahannya yang mengancam keselamatan negara serta berharap rakan-rakan yang sedang bekerja di mana-mana bidang berhenti melakukan perkara yang tidak betul.
"Ingatlah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna...saya faham (kenapa ditahan di bawah ISA), saya (melakukan kesalahan yang) mengancam keselamatan negara," katanya.
Beliau menyifatkan kenyataan negatif mengenai ISA adalah mainan politik pihak tertentu sedangkan melalui pengalamannya, layanan kesemua tahanan ISA adalah sama dan sangat baik walaupun setiap tahanan mempunyai kes berbeza seperti kes ideologi.
"ISA ini amat bagus untuk langkah pencegahan sebelum sesuatu terjadi dan antara modul ISA di Tempat Tahanan Perlindungan ini adalah modul pemulihan dan bukan bersifat hukuman. Modul untuk kembali ke pangkal jalan dan memberi manfaat kepada orang lain," katanya.
Menurutnya modul tahanan ISA sangat berkesan dengan kerjasama daripada kaunselor dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Dalam Negeri dan Tempat Tahanan Perlindungan itu sendiri supaya setiap bekas tahanan bersemangat membina hidup baru dan berdepan dengan masyarakat.
"Seperti yang dibaca di media, apa yang digambarkan tidak terjadi seperti didera, duduk dalam sel yang gelap, tidak cukup makan, diberi makan apa-apa. Layanan sepanjang ditahan bagus untuk pemulihan," katanya.
Beliau juga berpendapat semua yang ditahan di bawah ISA adalah mereka yang benar-benar melakukan kesalahan dan hanya sebilangan tahanan yang masih tidak sedar dengan mendakwa mereka dianiaya.
"Saya telah berubah dan tekad untuk berubah (menjadi lebih baik). Terima kasih kepada kerajaan kerana mengenakan tindakan ISA terhadap saya dan bukan tindakan undang-undang di mahkamah," katanya.
Keempat-empat bekas pegawai itu turut merakamkan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Setiausaha kementerian itu Tan Sri Mahmood Adam yang dua kali melawat mereka di situ dan atas pembebasan mereka daripada ISA serta kepada semua pegawai dan kakitangan pusat tahanan itu.
Terdahulu, kenderaan yang membawa Pegawai Khas (Pemulihan) kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Firdaus Ismail memasuki Tempat Perlindungan Tahanan Taiping di sini pada 12.30 tengah hari membawa dokumen bagi pembebasan lapan bekas pegawai Imigresen itu.
Kesemua lapan bekas pegawai Imigresen itu hanya diberitahu pembebasan mereka hari ini apabila Firdaus tiba di situ.
Semalam, Hishammuddin mengumumkan lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan tahun lepas kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia di negara ini, akan dibebaskan mulai hari ini.
"Pembebasan ini dibuat setelah kementerian mendapati bahawa semua tahanan ini menunjukkan kesedaran dan keinsafan atas kesilapan yang mereka lakukan dan berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.
"Mereka juga memberikan kerjasama yang baik kepada Polis Diraja Malaysia dalam usaha untuk memerangi kegiatan penyeludupan manusia di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.
Hishammuddin berkata lapan pegawai itu ditahan antara 10 dan 12 Okt tahun lepas mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 selaras dengan pendirian kerajaan untuk mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.