Translate

19/07/2012

Hadiahkan Najib dengan kemenangan besar dalam PRU ke13



Naib Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan rakyat Malaysia beruntung kerana mempunyai Perdana Menteri berwawasan seperti Dato Seri Najib Razak.

Beliau juga berkata “kita juga beruntung kerana Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak.”

Justeru beliau mahu ahli-ahli UMNO bersatu padu dan bekerja keras bagi menjamin kemenangan besar BN dalam PRU ke13 yang akan datang.

“Marilah kita hadiahkan kemenangan besar buat Perdana Menteri,” ujarnya disambut tepukkan bergemuruh.

Beliau bagaimanapun mengingatkan ahli-ahli UMNO bahawa “jika kita bergaduh, tikam sesama sendiri, macam dulu . . .tunggulah.”

Peringatan Zahid yang juga Menteri Pertahanan dibuat sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Sungai Siput dan jentera pilihanraya BN parlimen itu di Sungai Siput Ahad.

Zahid berkata Najib telah membawa perubahan atau transformasi dengan melaksanakan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuklah PTP atau Political Transformation Program.

Beliau memberi beberapa contoh seperti pemansuhan ISA dan Akta Hasutan. Untuk rekod Zahid pernah ditahan dibawah ISA selama 10 hari ketika Dr.Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri dalam satu operasi yang dinamakan Operasi Lalang.

Menurut Zahid, salah satu contoh bagaimana Najib mahu membawa transformasi dalam UMNO ialah melalui proses pemilihan dalam parti. Bahkan katanya pemilihan UMNO dimasa hadapan tidak lagi diundi oleh hanya sebahagian kecil ahli-ahli parti.

Najib katanya memberi ahli-ahli parti diperingkat akar umbi peluang menentukan “siapa menjadi kepimpinan negara.”

Dengan nada gurau Zahid berkata diapun sebenarnya datang berkempen (hari ini)  tapi bukan untuk dirinya bagi jawatan Naib Presiden.

“Saya datang berkempen untuk BN dan jika BN berjaya merampas semula Parlimen Sungai Siput dan DUN Jalong serta mempertahankan DUN Lintang, takkanlah tuan-tuan dan puan-puan tak bagi undi pada saya . . . .betul tak.(dewan bergema dengan tepukan gemuruh.)

Serentak dengan itu Naib Presiden UMNO itu menegur para pemimpin peringkat bahagian yang hanya turun ke akar umbi semasa tahun pemilihan parti.

“Masa itu baru nak turun, baru nak lihat ahli sakit ke atau membuat kenduri dan memberi peruntukan” sekali lagi dewan bergema dengan tepukan.

artikel selanjutnya sila KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...