Translate

16/09/2011

Penetapan Resolusi Hari Malaysia Pada 16 September 2011.



JAHANAM MALAYSIA AKAN JADI SEPERTI MESIR !!!!!

1- Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

2- Dua akta baru akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi mengantikan ISA 1960.

3- Semua ketiga-tiga proclamasi darurat dahulu akan dimansuhkan.

4- Memansuhkan terus Akta Buang Negeri 1959.


5- Kerajaan akan pastikan Hak Asasi Manusia akan terpelihara.

6- Tiada individu akan di tahan kerana ideologi politik.

7- Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji semula dengan Permit pembaharuan tahunan dihapuskan dan digantikan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

8- Kajian komprehensif semula Akta Kediaman Terhad 1933 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967, mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

ULASAN

1- Entah rasa macam tak sedap badan saja bila dengar pengumuman DS Najib didalam TV sebentar tadi, terutamanya penghapusan langsung Akta ISA 1960.

2- Walaupun ISA akan digantikan dengan dua Akta baru, ia masih lagi terawang-awang kerana ia memerlukan kelulusan yang sudah tentu akan hangat di bahaskan. Apabila Najib bersembang pasal Maqasid Syariah dan Usul Fiqah, adakah Islamic Security Act (ISA) akan digubal. Kalau iya, maka ia amat kita alu-alukan.

3- Yang ketiga ialah Hak Asasi Manusia. Ini semua Hak Asasi (Buatan) Manusia yang diperjuangkan dan didoktrin oleh Barat. Hak Gay-Lesbian, Hak Bersuara, Hak Berhimpun, Hak Mati. Lebih teruk lagi Hak Berugama dan Hak Murtad. Semuanya berkehendakan Hak Yang Tidak Terbatas & Hak Mutlak.

4- Yang pastinya Pas-Pkr-Dap akan berkokok besok bahawa mereka telah berjaya merubahkan pemikiran dan pentadbiran DS Najib. Bersih 2.0 telah berjaya membuat pentadbiran Najib berfikir panjang.

5- Mereka akan bijak memutarkan bahawa ini gimik Najib sebelum PRU 13, mungkin Najib tidak ada niat langsung untuk menunaikan semua perkara diatas terutama jika BN mendapat 2/3 majoriti. Dan Najib akan berlengah-lengah sehingga ke PRU 14, atau selepas Bersih 3.0 diadakan sekali lagi.

6- Yang sah dan pasti Najib akan disanjung kerana berani menogak arus jika semua resolusi diatas berjaya dilaksanakan dan memberi manafat kepada BN.


7- Seperkara lagi yang telah bermain difikiran ialah DS Najib akan membuat tarikh 16 September, Hari Malaysia sebagai tarikh mustahak mengantikan 31 Ogos. Ucapan selamat tinggal pada 31 Ogos buat selama-lamanya. Ini cukup parah.

8- Jika tidak berjaya, maka tamat lah riwayat BN dan tercatit didalam sejarah Malaysia olahan Pakatan Rakyat yang Najib adalah PM terakhir dari BN.

posted by hhalem

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...