Translate

16/09/2011

Pengurusan T-Team perlu dibubar demi kebajikan pemain-pemain


RHU RENDANG 16/09/2011 - Bekas pemain bolasepak T-Team Mohd. Zulkhairi bin Ahmad Tarmizi, 21 tahun yang mengalami kecederaan putus keseluruhan jari tangan kanan akibat terjerat dimesin pengisar air tebu sebulan yang lalu mendapat pembelaan dari Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.


Keluhan Mohd. Zulkhairi serta keluarganya tersentuh dihati sesiapa yang datang bertemu dengan beliau. Sejak kemalangan menimpa ke atas beliau, pengurusan T-Team tidak langsung datang untuk mengambil tahu masalah yang timbul ke atas pemain ini.  Berlebih-lebih lagi didalam bulan Syawal yang mulia ini.

Apa yang diluahkan termasuk kata-kata jurulatih pasukan T-Team dengan angkuhnya tidak akan menerima pemain jika kecederaan yang dialami seperti Mohd. Zulkhairi. Sepatutnya beliau memberikan semangat atau galakkan kepada beliau memandangkan Mohd. Zulkhairi adalah seorang pemain yang berbakat dan sedang meningkat naik di arena sukan bolasepak tanahair.

Pada 18/09/2011 Majlis Hari Raya sempena perasmian Pasar Baru Kg. Kedai Buloh diadakan yang akan dirasmikan oleh YB Dato' Menteri Besar, Terengganu, maka satu tabung kebajikan Mohd. Zulkhairi akan dilancarkan oleh Tuan Haji Nik Dir bagi tujuan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh Mohd. Zulkhairi dan keluarganya.

Diharap orang ramai yang berkesempatan dapat hadir di majlis yang dianjurkan serta memberi sumbangan seikhlas demi membantu Kohd. Zulkhairi.

Inikah balasan yang diterima dari pengurusan bolasepak T-Team Terengganu kepada pemain yang mendapat kecederaan?????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...