Translate

15/09/2013

PENGUATKUASAAN KESIHATAN 8 PREMIS DIARAH TUTUP

Lapan premis diarah tutup

MARANG – Hasil pemeriksaan terhadap 19 premis makanan di daerah ini yang dijalankan untuk meningkatkan tahap kebersihan, sebanyak lapan premis diarah ditutup sementara selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana terdapat sarang tikus.

Pegawai Kesihatan Daerah Marang, Dr Faizan Ghazali berkata, kesalahan lain turut dikesan termasuklah tahap kebersihan premis yang rendah dan pembuangan sisa makanan tidak sempurna, selain tidak memakai apron serta penutup kepala.

Menurutnya, dalam operasi penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP 1975) pula, sebanyak 10 premis diperiksa, manakala empat lokasi pembiakan Aedes dikesan sebelum kompaun dikeluarkan di bawah APSPP 1975.

“Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004) turut dijalankan bagi memastikan tempat-tempat awam diwartakan sebagai tempat larangan merokok, bebas daripada asap rokok.

Bersambung dan KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...