Translate

06/07/2012

PAKATAN HARAM SELANGOR SAMBUT RAMADHAN DENGAN JUALAN MURAH ???



BAGUS PUNYA NEGERI PAKATAN HARAM, SALE RAMADHAN, JUAL MURAH ARAK !!!!

Langkah sebuah pasaraya yang menyiarkan iklan jualan arak berjenama CARLSBERG sempena Ramadhan merupakan satu penghinaan yang sangat besar kepada umat Islam, khususnya di Selangor yang Exco Agamanya adalah Menteri Besarnya sendiri, Khalid Ibrahim.

Selepas tahun lalu kecoh di Selangor tentang gereja tertentu yang berusaha dengan aktif memurtadkan umat Islam sehingga akhirnya membawa kepada penyingkiran Hasan Ali dari PAS dan Kerajaan Negeri, kini muncul pula iklan arak yang dijual murah sempena kedatangan Ramadhan.

Nampaknya dah semakin karut syiar Islam di Selangor semenjak jawatan Exco Agamanya jatuh ke tangan orang yang bukan sahaja jahil, bahkan memusuhi Islam!

Maka benarlah seperti yang dipesankan oleh Nabi s.a.w bahawa urusan agama perlu serahkan kepada orang agama, jangan memandai-mandai dan perasan pandai agama, kerana akhirnya yang mendatangkan keburukan adalah kerana kejahilan orang yang diberikan tanggungjawab tersebut.

Barangkali bahana dan musibah serta bencana daripada kejahilan Khalid Ibrahim belum cukup untuk dilihat, kut? Barangkali sehingga perlu Allah Taala menurunkan angin ribut berwarna hitam dan air hujan berwarna merah, barulah umat Islam di Selangor akan mula sedar?

PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya ‘Ramadhan Sale’ menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini. Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu. Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Sumber:flyingkick 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...