Translate

20/11/2011

SUHAKAM - dah tak kenal hak penjenayah?? Patut dibubarkan....

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tetap memertahankan tindakan menahan 13 orang di Tawau Isnin lalu dibawah ISA sekalipun dipertikaikan oleh  Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) dan parti-parti pembangkang kerana didakwa tidak hormati semangat pengumuman kerajaan untuk mansuhkan ISA.


Serentak dengan itu beliau membidas Suhakam sebagai tidak bertanggongjawab mendesak pembebasan mereka tanpa mengetahui latar belakang dan faktanya.

Beliau menjelaskan kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara. - Klik sini

SUHAKAM dah tak dapat bezakan yang mana hak yang mana tidak? tak kira la kalau hak manusia nak membunuh manusia lain pun nak di pertahankan?. main pukul bantai sama rata! kalau macam tu tak payah ada undang2!. biarkan semua manusia bebas buat apa saja. nak rogol suka ati kat tepi jalan, depan orang ramai tanpa rasa takut. tembak orang sesuka ati atas nama hak dan kebebasan??

Badan SUHAKAM sekarang ini dah lari dari menjalankan tanggungjawab yang sebenar-benarnya. Mereka dah mula bersikap condong sebelah pihak!. kalau macam ni la keadaannya,  alamat pembangkang naik lemak lerrr!...dan negara akan menjadi lebih kucar-kacir.

PDRM (Cawangan Khas) perlu mengambil pendekatan untuk meneliti latarbelakang/gerak geri semua yang berada didalam SUHAKAM.  Tindakan tegas perlu diambil kepada mereka-mereka yang terlibat didalam sebarang perkara yang meragukan demi keselamatan negara. Sebab yang akan susah kelak PDRM juga dipersalahkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...