Sabtu, 19 November 2011

PROGRAM KEM KESIHATAN REMAJA DAN MAJLIS BERKHATAN DUN RHU RENDANG

Marang 19/11/2011 - Klinik Kesihatan Marang telah menganjurkan Kem Kesihatan Remaja dan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai di Klinik Kesihatan Marang pada hari ini bermula jam 8.30 pagi.  Sejak awal pagi lagi ibu/bapa telah mula membanjiri Klinik Kesihatan Marang untuk membuat pendaftaran anak-anak mereka. Sehingga jam 11.00 pagi, seramai 77 orang kanak-kanak telah mendaftar dan dikenakan bayaran hanya RM60. Empat orang Doktor telah ditugaskan untuk menjayakan program yang telah diatur.

Program yang berlangsung dalam suasana yang cukup ceria telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang. Turut membantu bagi menyerikan lagi majlis adalah Pasukan Bomba & Penyelamat Daerah Marang bagi tujuan penyempuran air kepada kanak-kanak sebelum berkhatan dijalankan selepas majlis perasmian diadakan.



Objektif program ini diadakan adalah mengeratkan tali silaturrahim antara masyarakat setempat selain untuk melatih kanak-kanak supaya lebih berkeyakinan disamping mempersiapkan diri menempuhi alam remaja, sebagaimana mengikut syariat Islam kanak-kanak lelaki diwajibkan berkhatan apabila mencapai usia baliqh.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...