Translate

30/10/2012

Pengganas: PDRM Perlu Kaji Kaitan Dengan Pakatan

mafia_DAP
DARI dulupun penulis memang percaya bahawa ada kelompok rakyat Malaysia ini terutama di kalangan penyokong Pakatan Rakyat yang cenderung terlibat dengan kegiatan keganasan.

Sebabnya mudah, ramai orang dari kelompok ini nak jalan mudah ke syurga dengan memilih untuk ‘mati syahid’, tak payah susah-susah nak sembahyang, puasa dan sebagainya.

Gelar kerajaan kafir, angkat senjata lawan dan kalau mati, akan adalah pemimpin ’parti Islam’ yang datang untuk ‘mensyahidkan’ mereka.

Maka itulah penahanan 2 orang pelajar Malaysia di Lubnan kerana dakwaan terbabit dengan pertubuhan pengganas seperti Al-Qaeda, tidak begitu mengejutkan penulis.  Kalau penahanan itu dilakukan di Malaysia, cepat sahaja balaci nak menuduh itu tindakan bermotifkan politik, mana mungkin rakyat Malaysia terlibat dengan keganasan dan sebagainya.

Malah penulis tak terkejut pun kalau fahaman politik semua yang terlibat ini ada kaitan dengan politik kepartian parti-parti pembangkang di Malaysia ini.

Hakikatnya, keganasan dan huru hara memang method pilihan puak-puak pro pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan di negara ini.  Nama saja lain-lain Bersihlah, Suaramlah, itulah inilah, tapi tok dalang di belakang itu tetap puak-puak Pakatan juga.

Nak nafi macam mana?  Gambar, video semua ada, malah mata penulis sendiri pun melihat keganasan puak-puak ini di Kuala Lumpur pada 28 April yang lepas.

Dalam keadaan terdesak untuk bentuk kerajaan di Putrajaya macam sekarang, penulis yakin, akan ada di kalangan kelompok-kelompok ini, terutama yang ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap tertentu berkomplot untuk mencetus rasa tidak selamat di negara kita ini.

Sekarang pun kita dah lihat perkara itu berlaku.  Contohnya, kalau dulu jenayah pecah rumah ini biasanya dilakukan warga asing yang terdesak nak cari makan, kini sudah ada kumpulan kongsi gelap yang ambil alih.

Sasaran itu pulak ialah personaliti yang ada kaitan dengan NGO anti jenayah seperti yang dapat dilihat dalam cubaan memecah masuk kediaman Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye yang gagal baru-baru ini.

Penulis tidak rasa sasaran itu dipilih secara rawak tapi mesti ada kaitan dengan jawatan Tan Sri Lee.

Tujuannya, hanya untuk memberi gambaran bahawa Malaysia ini tidak selamat, statistik polis mengenai indeks keselamatan tidak tepat dan paling penting sekali, hanya puak-puak ini sahaja yang mampu ‘memulihkan’ semula keadaan itu.

Justeru, penulis gesa polis bertindak dengan lebih tegas lagi.  Kaji dan selidik kaitan kumpulan kongsi gelap ini dengan pemimpin politik Pakatan Rakyat, agar negara lebih aman dan rakyat berasa lebih selamat.

Lagipun penulis tak percaya, kumpulan kongsi gelap di negara ini yang kita tahu mudah dapat wang dengan kegiatan judi haram, pelacuran dan rumah urut, sanggup merisikokan diri masing-masing untuk hasil tak seberapa dari jenayah pecah rumah.

Sumber:mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...