Translate

20/02/2011

Di Sebalik Tabir Anwar Ibrahim, The King Faisal Foundation & SAAR Foundation

Rencana ini merupakan suntingan semula dari kompilasi rencana dari pelbagai sumber yang diterbitkan oleh bigdogdotcom.wordpress.com yang menyentuh mengenai sejarah penglibatan Anwar dengan WAMY, IIIT, kaitannya dengan The King Faisal FoundationSAAR Foundation serta di sebalik tabir penubuhan syarikat perniagaan Anwar di AS.
Semoga rencana ini memberi manfaat kepada saudara sekalian – AIDC
Anwar Ibrahim adalah tokoh terkemuka dalam kumpulan -kumpulan rangkaian Islam (Muslim Brotherhood) yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) dan sebahagian besar universiti-universiti yang dibiayai oleh penaja-penaja dari Arab Saudi.
Kumpulan-kumpulan Islam ini dikawal oleh rangkaian pasukan tertua dalam gerakan Kebangkitan Islam dari tahun 1970-an dan 1980-an.
Sesetengah sekutu tertuanya di Malaysia, termasuk Abdul Rahim Ghouse dan Wan Hasni Wan Sulaiman, telah terlibat dengan rangkaian ini, ketika masih menuntut di AS.
Selepas pembebasannya dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, Anwar telah menggunakan ‘rangkaian Amerikanya’ itu untuk membantunya semula dalam pembinaan karier dan kewangannya.

Anwar & IIIT
IIIT (The International Institute for Islamic Thought), berpengkalan di Northern Virginia, ditubuhkan pada tahun 1980 oleh Anwar Ibrahim dan Ismail Faruqi, dua pengasas WAMY (World Assembly of Muslim Youth) yang berpusat di Arab Saudi.
Mentor Anwar, Ismail R. Faruqi adalah profesor agama di Universiti Temple, Philadelphia, Pennsylvania, AS.
IIIT ditaja oleh The SAAR Foundation (SAAR), yang menerima berbilion-bilion dolar dari keluarga al Rajhi banking Arab Saudi, dan beberapa yayasan kebajikan Saudi lain yang telah membiayai kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam keganasan.
SAAR kini tidak lagi beroperasi, tetapi masih aktif dalam pengurusan perniagaan untuk menjana kewangan. SAAR masih aktif lagi menaja operasi IIIT.
Operasi IIIT pernah disiasat oleh badan-badan penguatkuasaan undang-undang persekutuan AS sejak lewat tahun 1990-an kerana disyaki menaja organisasi-organisasi pengganas, termasuk Hamas, al Qaeda dan Palestin Jihad Islam.
IIIT merupakan institusi utama pendokong gagasan ‘Islamisasi Pengetahuan’ (Islamization of Knowledge), satu konsep yang menuntut semakan semula terhadap semua pengajaran dan teks pandangan dunia Islam (world view).
Anwar secara aktif mempromosi konsep ini, satu perjuangan untuk memenangi penajaan dana dari Arab Saudi, di institusi-institusi yang menawarkannya sebagai profesor pelawat yang berprestij.
Anwar berdiri teguh di belakang aktiviti-aktiviti IIIT sejak organisasi itu ditubuhkan hingga kini. Beliau telah menerima sokongan politik dan kewangan dari IIIT sejak dijatuhi hukuman bersalah pada tahun 1998.
Malah selepas dibebaskan dari penjara, beliau membuka syarikatnya (di AS) dengan hubungan perniagaan berkait rapat dengan tokoh-tokoh SAAR dan IIIT.
Semasa Anwar dijatuhi hukuman bersalah dan dipenjarakan, Pengarah IIIT, Dr Jamal Barzinji telah membayar pelobi-pelobi untuk membela kes Anwar di Washington, dan IIIT telah membayar biasiswa yang mahal kepada anak-anak Anwar dan Abdul Rahim Ghouse, penyokong utama politik Anwar.
Setelah dibebaskan dari penjara, beliau menubuhkan syarikat perniagaannya, ‘Anwar Ibrahim Associates’, di AS, beralamat  di  Herndon, Virginia, sekelompok rumah-rumah yang dimiliki oleh pengasas-pengasas dan pengarah-pengarah  SAAR/IIIT.
Menurut rekod umum, anak-anak Anwar telah menggunakan salah satu rumah daripada sekelompok rumah kepunyaan SAAR sebagai tempat kediamannya.
Barzinji pernah menjadi seorang pegawai bank yang berpengkalan di Malaysia (Bank Islam) dan syarikat-syarikat pelaburan yang dimiliki oleh SAAR serta penyumbang-penyumbang dana Arab Saudi yang telah melakukan perniagaan dengan Menteri Kewangan ketika Anwar memegang jawatan tersebut.
Anak saudara kepada Dr. Barzinji, Omar Barzinji, dipertanggungjawabkan mengurus syarikat perniagaan Anwar di AS, Anwar Ibrahim Associates, sebagai Pengarah Urusan (CEO).
Ringkasnya, kenalan utama Anwar di AS, adalah sekumpulan individu dan institusi yang telah disiasat oleh badan perisikan AS dan institusi penguatkuasa undang-undang selama bertahun-tahun ekoran hubungan rapatnya dengan kumpulan pengganas dan gerakan radikal Islam.
Abrar, Abdul Rahim Ghouse & Yassin Qadi
Syarikat Abrar di Malaysia, diasaskan oleh ahli perniagaan Saudi, Yassin Qadi dan Abdul Rahim Ghouse, telah menjadi subjek dari tiga penyiasatan jenayah AS (US criminal investigations), satu pendakwaan AS, dan penyiasatan berkenaan dengan penipuan (fraud) di Australia.
Abrar ketika ini didakwa dipusat pendakwaan jenayah AS di Boston. Jabatan Kehakiman AS mencatatkan bahawa empat syarikat Malaysia yang digunakan dalam skim untuk menyembunyikan aset-aset Specially Designated Terrorist(SDT) Yassin Qadi, Arab Saudi.
Malaysia telah memberikan maklumat kepada AS yang menunjukkan bahawa syarikat-syarikat itu dimiliki atau dikawal oleh Al Qadi.
Cawangan Abrar di AS telah menaja satu syarikat di Chicago, Global Chemical, yang dijalankan oleh seorang yang disyaki operatif Hamas yang pada tahun 1998 telah didapati bersalah dalam kes penipuan dan menyembunyi sumber wang secara haram.
Kunci Abrar Malaysia, Abdul Rahim Ghouse, dikenal pasti oleh penguatkuasaan undang-undang AS sebagai mahasiswa di Illinois pada 1986-1987, beliau memimpin Malaysia Islamic Study Group (MISG), sebuah organisasi Muslim Brotherhood.
Beliau tercatat dalam direktori 1992 sebagai ahli Muslim Brotherhood berpengkalan di AS, diperkenalkan dalam pameran tahun lalu dalam sidang jenayah (a criminal trial) di Texas. Kemudian, Ghouse mengetuaiFree Anwar Campaign (FAC).
Anak Ghouse juga telah menerima lebih daripada $ 200,000 daripada IIIT.
Ketika Abrar secara umumnya dianggap sebagai sebuah syarikat Malaysia, sebenarnya syarikat itu merupakan rangkaian syarikat-syarikat global. Dalam kenyataan rahsia kepada AS, Al Qadi mengatakan bahawa terdapat juga Abrar di Arab Saudi:
“Berkaitan dengan perkara ini, saya (Al Qadi) terlibat dalam usaha perniagaan kecil dengan Waa’el Julaidan dan ahli-ahli dari keluarganya lain. Saya adalah pemegang saham dan pengarah Abrar, sebuah syarikat yang ditubuhkan di Arab Saudi, bertujuan untuk menjalankan perniagaan dalam industri perjalanan dan pelancongan. Wa’el Julaidan bukan dan tidak pernah menjadi pengarah syarikat ini, walaupun beliau adalah pemegang saham minoriti di dalam syarikat ini. Abrar Arab Saudi ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan di sektor perjalanan dan pelancongan, khusus kepada peziarah Muslim, semasa musim haji, yang diadakan setiap tahun, dan untuk umrah”
Wael Julaidan adalah pengganas yang berkaitan dengan Osama bin Laden.
Dalam kenyataan kepada Jabatan Kewangan AS, Al Qadi tidak pernah menyebut bahawa salah satu pegawai Abrar adalah Tarek Suwaidan, rakyat Kuwait, individu yang di bawah pengawasan penguatkuasaan undang-undang AS.
Dalam resumenya (CV) sendiri, Suwaidan menyatakan bahawa: “Ahli Lembaga Pengarah, ABRAR Investment Group – Malaysia, 1992-1996″.
Dalam persidangan jenayah 2007 United States of America vs. Holy Land Foundation for Relief & Development, Suwaidan dinamakan oleh Jabatan Kehakiman sebagai “unindicted co-conspirator” (seseorang yang telah dikenal pasti terlibat dalam konspirasi tetapi tidak didakwa) dalam pembiayaan keganasan.
Seperti yang sudah diketahui umum, Abrar mendapat manfaat dari penswastaan di bawah Anwar Ibrahim, khususnya projek Express Rail.
Youssef Nada pernah memberitahu bahawa Anwar membantu Abrar dalam memperolehi lesen perniagaan.
Anwar & The King Faisal Foundation
Menurut dokumen penguatkuasaan undang-undang dan penyelidikan akademik, Anwar dan orang-orang yang sealiran dengannya, aktivis muda Islamik, buat kali pertama bertemu di Arab Saudi pada lewat tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, ketika beliau masih menuntut di Universiti Malaya dan bergiat dalam organisasi Islam, termasuk dalam (organisasi ditaja)The King Faisal Foundation.
Kumpulan ini telah membentuk satu kumpulan generasi baru pemimpin-pemimpin ‘Muslim Brotherhood’(Persaudaraan Islam) dengan pelbagai organisasi yang ditaja oleh Arab Saudi di seluruh dunia untuk kebangkitan Islam.
Pada tahun 1970, Ahmad al-Haj Totonji, aktivis yang meninggalkan tanahairnya, Iraq berhijrah ke Arab Saudi, telah melawat Malaysia dan membantu Anwar untuk menubuhkan ABIM dengan bantuan kewangan dari The Faisal Foundation.
Totonji adalah pegawai WAMY (World Assembly of Muslim Youth), organisasi baru yang dibentuk oleh Yayasan Saudi; Bosnya, Dr. Abdul Hamid Abu Sulayman, Setiausaha Pertama WAMY, akan membantu penajaan menjadi pengeksport terkemuka Islam fundamentalis.
Satu dekad kemudian, Anwar bersama dua tokoh (di atas) menjadi pengasas kepada IIIT, satu entiti yang bertujuan untuk memberikan asas intelektual kepada gerakan Islam di Barat.
Pada tahun 1999, Anwar dari penjara menulis surat kepada Abu Sulayman, beliau mengimbau ‘hari-hari pembentukan’ (formative days) mereka di Arab Saudi : Dalam bersendirian yang tenang di penjara, saya mampu mengingatkan kembali kenangan lama secara jelas tentang mesyuarat di Riyadh bermula lebih daripada 20 tahun yang lampau.
Walaupun kita sama-sama berkongsi idea, kita selalu terlibat dalam debat-debat yang panas tentang isu ‘wasilah‘ (kaedah reformasi) dan ‘fiqh awlawiyyat‘ (urutan keutamaan).
(Terasa) aneh kepada saya menyertai retorik Arab yang keras, saya telah memaksa diri saya menyesuaikan diri dengan sikap pendiam saya – dengan kata lain, kemelayuan saya – hanya saya boleh menjadi pendengar. Namun, setiap kali, debat panas, hanya diplomatik misteri dari Dr. Ahmad Totonji yang membawa damai untuk menamatkan debat kami”.
Totonji, seorang jurutera petroleum, belajar di AS pada tahun 1960-an, merupakan individu yang terlibat membantu menubuhkan organisasi pelajar Islam, Muslim Student Association (MSA). MSA, yang ditubuhkan di Universiti Illinois, Champaign Urbana, menjadi organisasi asas, mengembangkan lebih banyak lagi kebangkitan politik Islam.
Totonji adalah penceramah jemputan Persidangan ABIM di Malaysia pada tahun 2006 atau 2005. Sebahagian dari ceramahnya telah diterjemah oleh sumber rahsia, memberikan doktrin pemikiran Totonji (dan dengan pengembangan terhadap IIIT dan WAMY), berkenaan penubuhan ABIM, dan modus operandinya. Totonji berkata:
“Al Quran telah mengajar bahawa orang-orang bukan Islam semuanya harus digolongkan bersama, dan kita umat Islam juga harus bersama-sama dalam satu kumpulan dan bekerjasama untuk kemajuan semua umat manusia, untuk mengelakkan kerosakan dan kejahatan. Kita telah mengubah dunia.
“Pertama kali saya datang ke Malaysia pada tahun 1970 dan disambut oleh Anwar Ibrahim. Hari ini, saya berbangga melihat di mana-mana wanita-wanita Malaysia memakai tudung. Kita telah membuat dunia Islam yang lebih baik… Setiap negara di dunia ini terdapat Renaissance Muslim; Namun, terdapat keperluan tindakan bersama di antara Muslim kebangkitan yang lebih besar. Kita harus bergabung dengan semua orang-orang yang sealiran”.
Anwar, IIIT, Esposito & CMCU
Sebelum penubuhan IIIT, Abu Sulayman menubuhkan organisasi pelopor pada tahun 1972, ketika beliau sebagai pelajar PhD di Universiti Pennsylvania, bergabung dengan Ismail Raji al-Faruqi menubuhkan the Association of Muslim Social Scientists (AMSS), satu kumpulan yang kerajaan AS dijelaskan dalam prosiding mahkamah sebagai organisasi Muslim Brotherhood (MB).
Faruqi, berasal dari Palestin, adalah pensyarah karismatik di Indiana dan Harvard yang menjadi profesor agama di Universiti Temple, Philadelphia, Pennsylvania berjaya menarik pengikutnya di kalangan pelajar-pelajar pasca-siswazah terutamanya selepas revolusi Iran yang melahirkan minat baru dalam kajian Islam.
Profesor Universiti Temple itu menjadi mentor kepada Anwar Ibrahim dan ramai di kalangan mereka hari ini menyokong dan mempromosi Anwar di seluruh dunia. Faruqi dan Anwar dibangunkan melalui yayasan-yayasan amal Arab Saudi pada tahun 1970-an.
Faruqi menjadi tokoh inspirasi bukan sahaja kepada Anwar, tetapi juga kepada individu-individu yang bercita-cita menanam benih kebangkitan Islam melalui badan pemikir dan universiti-universiti dengan tajaan Saudi di AS dan Malaysia.
Di antara pengikut Faruqi yang paling berpengaruh adalah Prof. John L Esposito di Universiti Georgetown, juga kawan rapat Anwar sebagai penulis biografinya. Esposito telah melakukan disertasi (tesis) berkaitan dengan Undang-undang Keluarga Islam di bawah penyeliaan, Dr Faruqi pada tahun 1974 (di Universiti Temple), walaupun dalam laman biografi profesor Georgetown itu tidak menyebut hubungannya dengan tokoh pakar fundamentalis itu (Faruqi).
Esposito adalah profesor hubungan antarabangsa dan agama di Universiti Georgetown telah menjadi watak utama dan pencari dana Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown yang ditubuhkan pada tahun 1993.
Di bawah arahannya, CMCU telah menerima dana 20 juta dolar daripada Prince Alwaleed Bin Talal Foundation pada tahun 2005, tidak lama selepas Anwar diterima sebagai Profesor Pelawat di pusat itu.
Pengarah Eksekutif Foundation Putera Alwaleed Talal yang mengawasi pemberian dana itu adalah Muna Abu Sulayman, anak kepada pengasas IIIT, Abdul Hamid Abu Sulayman yang menghabiskan 10 tahun bekerja dengan Anwar di Malaysia sebagai rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Faruqi menganjurkan “Islamisasi pengetahuan,” idea yang menyuntik sudut pandang Islam ke dalam undang-undang, ilmu sosial dan semua bidang kajian yang lain. Ini adalah idea radikal yang diikuti oleh para pemikir Muslim, tetapi telah mula diberi sedikit perhatian di Barat
“Frasa ini boleh menjadi samar-samar (eufemisme) ketika menulis semula sejarah untuk menyokong kisah Islam .. Contohnya, selepas Islamisasi tersebut, Sepanyol secara kekal dilabel semula sebagai “Al-Andalus” (seperti yang disebut semasa pemerintahan Muslim) dan negara menjadi milik umat Islam yang sah. ”
Faruqi menganjurkan perluasan undang-undang Syariah, dan menulis puluhan buku dan makalah, beberapa penerbitan oleh WAMY. Dia dikenali kerana terjemahannya daripada “Kitab al-Tauhid,” oleh Muhammad bin al Wahhab
Faruqi adalah seorang Palestin yang melarikan diri ke Amerika Syarikat pada tahun 1948. Dia menghabiskan masa di Mesir (di Al Azhar) dan Pakistan (Lembaga Penyelidikan Islam, di Karachi), kemudian kembali semula ke Amerika Syarikat untuk meneruskan karier akademiknya.
Anwar & WAMY
Menurut biografi Anwar yang ditulis oleh Esposito, berjudul “Renaissance Man,” Anwar mendapat inspirasi daripada revolusi mahasiswa Iran (Iranian student revolution) dan merupakan salah seorang Muslim negara asing yang pertama melawat negara itu (Iran) selepas pasca-revolusi.
Di kalangan tokoh yang Esposito senaraikan, Faruqi dan beberapa orang tokoh Muslim Brotherhood adalah individu yang mempengaruhi pemikiran Anwar :
“Seperti kebanyakan aktivis Islam, Anwar dan pimpinan ABIM dipengaruhi oleh tulisan-tulisan pengasas utama gerakan pembaharuan Islam antarabangsa abad ke-20 khususnya Hasan al-Banna, Sayyed Qutb dan Abu al Ala Mawdudi. Secara khusus, mereka menganut kepercayaan bahawa Islam adalah satu sistem yang lengkap (way of life), satu konsep yang merupakan teras dalam aktivis Islam memahami Islam. Dia (Anwar) juga terpengaruh dengan tokoh-tokoh lain yang menjadi kenalan peribadinya, di antara mereka adalah pakar Malaysia terkemuka, Naquib al-Attas dan Ismail Ragi al-Faruqi dari Universiti Temple, Philadelphia, dan Shaykh Yusuf al-Qaradawi dari Mesir.”
Kunci hubungan Anwar terbentuk sekitar tahun 1976-1982, menurut Esposito, apabila Anwar dilantik menjadi Perwakilan WAMY untuk Asia Tenggara.
Kesetiaan seumur hidupnya kepada kumpulan pemuda (WAMY) yang ditaja oleh Saudi itu telah dilabel sebagai penaja kewangan teroris oleh AS pada tahun 2005.
Pada Persidangan Antarabangsa WAMY ke-7 pada tahun 1993, dia (Anwar) telah memberi ucapan yang penuh bersemangat dalam ucapan pembukaan persidangan tersebut, yang menyimpulkan “Saya begitu dramatik dan terlebih-lebih, sebab saya fikir ini (WAMY) adalah organisasi saya, sebab saya telah melihat semua teman-teman lama saya. Saya telah terlupa bahawa orang lain telah mengambil alih organisasi ini daripada kami. Sebagai ahli yang lebih lama, anda tahu, WAMY adalah organisasi saya”.
Pasca Penjara : Mesyuarat Kumpulan Perancangan
Selama lebih dari dua minggu di Arab Saudi pada Oktober 2004, Anwar bertemu dengan ahli keluarga diraja kerajaan, beberapa pakar Islam, dan teman-teman dan rakan yang sama-sama terlibat dalam gerakan kebangkitan Islam yang disokong Saudi pada tahun 1970-an.
Individu yang terlibat dengan pertemuan ini mengatakan bahawa para penyokong-penyokong Anwar di Arab Saudi pada suatu ketika dahulu prihatin kini menjadi kurang bersemangat, tetapi perkara ini akan dapat diatasi dengan segera.

Satu ‘Kumpulan Perancangan’ telah duduk bersama Anwar dalam beberapa sesi mesyuarat. (Kumpulan ini termasuk dua individu bukan-Saudi, yang digambarkan oleh salah satu sumber sebagai ‘perunding politik Amerika’ -American political consultants dan beberapa individu lain yang dikenali sebagai ‘orang-orang pemasaran’ -marketing people)
Memandangkan keterbatasan aktiviti politik Anwar di Malaysia, maka diputuskan dalam mesyuarat itu bahawa Anwar memerlukan masa untuk “dipulihkan semula” di luar Malaysia.
Proses pemulihan semula itu akan digunakan untuk membina semula jaringan hubungan peribadi yang telah dibina sebelum ini, mengumpul dana dan membina kepercayaan sebagai seorang reformis, seorang Muslim moderat, dan seorang pemimpin yang diperlukan Barat untuk bekerjasama.
Pelaksanaan perancangan itu dilakukan dengan pantas dengan meletakkan kedudukan jangka pendek Anwar di Universiti Oxford, Universiti Johns Hopkins dan Universiti Georgetown.
Putera Turki mempunyai hubungan rapat dengan kedua universiti itu. Oxford telah menerima lebih daripada 24 million pounds manakala Georgetown menerima lebih daripada $20 million dolar sumbangan daripada Saudi.
Bersama dengan adik beradiknya, Putera Turki adalah pegawai kanan the King Faisal Foundation sekarang menjadi Pengerusi the King Faisal Center for Research and Islamic Studies.
The Faisal Foundation merupakan yayasan yang menaja Anwar semasa tahun 1970-an, ketika beliau melaksanakan projek kebangkitan Islam di kalangan pelajar. Pada waktu itu, Anwar pernah bertemu dengan Putera Mohammed Al-Faisal Al-Saud, keluarga Diraja Saudi yang dikenalpasti rapat dengan the Muslim Brotherhood.
Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Razaliegh Hamzah dalam Malaysian Business, 1 September 2005, telah menyatakan bahawa “suatu ketika pada pertengahan tahun 1970-an, ketika saya masih pengerusi Islamic Development Bank di Jeddah, saya telah bertemu Putera Mohammed Al Faisal yang ketika itu melaksanakan al-Faisal Foundation. Dia bertanya saya adakah saya pernah mendengar tentang seorang lelaki muda yang bernama Anwar Ibrahim. Dia mahukan pandangan saya tentang Anwar, dan jika saya berkata okay, yayasannya akan membantu pemuda itu (Anwar) dan aktiviti-aktivitinya. ”
Mohammed Al-Faisal dianggap sebagai ayah (father) kepada perbankan Islam, dan meminjamkan namanya untuk salah satu bank yang paling awal, Faisal Islamic Bank, di Mesir. Beliau sangat rapat dengan pemimpin Muslim Brotherhood Mesir, Youssef Nada dan juga menubuhkan Faisal Finance di Switzerland, yang merupakan subjek utama dari rangkaian jalan panjang siasatan keganasan.
Anwar : Naungan Putera Nayef, Putera Turki & Banker Saleh Kamel
Kekuatan rangkaian kewangan Anwar Ibrahim berasaskan hubungan politik dan perniagaan yang cemerlang kerajaan Arab Saudi. Memang sudah diketahui, bahawa Anwar mempunyai hubungan yang baik dan lama dengan Saudi, terutamanya aspek hubungan yang tidak diketahui umum. Mungkin yang paling penting dan kurang diketahui umum adalah peranan penting yang dimainkan oleh Saudi dalam membantu Anwar mengembalikan kekuatannya selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh.
Ketua penaung Anwar dalam keluarga Diraja Saudi adalah Putera Nayef, dari Kementerian Dalam Negeri dan Putera Turki, bekas ketua perisikan dan duta ke Washington. Kedua-dua mereka komited dalam strategi jangka panjang Saudi lama untuk mencari dan menyebarkan pengaruh di dunia Muslim dengan sokongan “politik Islam” seperti Parti AKP di Turki dan PKR, di Malaysia.
Naungan keluarga Diraja Saudi, bersama-sama dengan banker Saudi, Saleh Kamel (Shaikh Saleh Abdullah Kamel, Al Baraka Banking Group), telah melakukan beberapa langkah untuk membantu Anwar selepas dibebaskan dari penjara dengan membangunkan semula karier politik di persada antarabangsa dan memberikannya sumber-sumber pendapatan.
Peranan Putera Turki
Hari ini, Putera Turki adalah individu yang dipertanggungjawabkan menjalinkan hubungan dengan Anwar, dan telah mengadakan beberapa kali mesyuarat setiap tahun sejak dibebaskan dari penjara pada tahun 2004.
Pada bulan Jun 2005, the King Faisal Foundation telah menandatangani perjanjian dengan syarikat pembinaan dari Malaysia, Ahmad Zaki Resources Bhd untuk membina Universiti Al-Faisaliah di Saudi.
Sumber-sumber tempatan berkata bahawa kontrak itu bernilai sekitar 400 juta riyal Saudi (sekitar 100 juta USD). Kesepakatan itu diberitahu kepada umum sebagai projek yang tidak berkaitan dengan Anwar, namun eksekutif tertentu telah memberitahu secara peribadi bahawa Anwar telah “memberikan mereka bantuan” dalam pertukaran untuk masa depan “hubungan baik.” (Syarikat ini memenangi kontrak besar yang lain besar pada tahun 2009 dari Saudi Oger Group, yang juga diyakini mempunyai hubungan rapat dengan Anwar).
Peranan Putera Nayef
Hubungan Anwar dengan kerajaan Saudi dilaksanakan melalui lebih daripada satu saluran. Walaupun Putera Turki sentiasa mengawasi hubungan Anwar, namun Putera Nayef, yang berada di baris kedua takhta, juga membantu “sponsor” Anwar.
Walau bagaimanapun, hubungan Anwar dan Saudi lebih luas dari spesifik link tersebut, dan termasuk pengurusan kewangan dengan para tokoh perbankan Islam yang ditaja oleh keluarga Diraja Saudi, seperti Saleh Kamel, yang merupakan tokoh paling penting dalam rangkaian kewangan Anwar di seluruh dunia sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Pada tahun 2007, satu sumber menyebut, Putera Nayef gembira dengan promosi kepentingan Arab Saudi yang telah dilakukan oleh Anwar dan beliau mengarahkan Saudi Arabian General Investment Authority (SAGIA) untuk memberikan kontrak kepada sebuah NGO berpengkalan di London yang dipanggil‘AccountAbility’ selepas Anwar dipilih menjadi Presiden Kehormatannya.
AccountAbility, yang ditubuhkan oleh rakan Anwar iaitu bekas Naib Presiden AS, Al Gore, telah menerima kontrak yang cukup besar untuk menjalankan projek the Saudi Arabian Responsible Competitiveness Initiative antara tahun 2008 dan 2010. Walaupun tidak diketahui umum, SAGIA adalah salah satu daripada syarikat yang paling penting di Arab Saudi yang berada di bawah kawalan peribadi Putera Nayef. Kontrak dengan AccountAbility dikatakan bernilai ‘beberapa juta dolar,’ bermaksud sekitar $ 10 juta.
Pada tahun 2008, Anwar dijemput sebagai penceramah International Knowledge Forum di Madinah yang ditaja oleh SAGIA.
Satu sumber dari Asia yang mempunyai pengetahuan langsung dalam hal ini menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 10 kumpulan perniagaan di Asia telah menyewa khidmat Anwar dalam melobi projek pelaburan di Arab Saudi.
Sumber dari Arab Saudi menganggarkan pendapatan Anwar hasil dari hubungan rapatnya dengan Saudi di antara $ 1 juta hingga $ 4 juta setahun.
Syarikat Perniagaan Anwar di Amerika Syarikat
Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar menubuhkan syarikat perniagaan komersial di Amerika Syarikat dan digabungkan tiga buah syarikat yang diarahkannya untuk mengendalikan jadual ceramah di peringkat antarabangsa, mesyuarat peribadinya dan pusat kempen parlimen Malaysia 2008.
Anwar Ibrahim & Associates (AI & A) digambarkan oleh bekas Pengarah Managing (CEO) sebagai “sebuah butik firma penasihat kewangan yang difokuskan pada penswastaan, penggabungan dan pengambilalihan yang besar dalam transaksi keselamatan antarabangsa dan inisiatif projek kewangan yang kompleks.”
Pada halaman MySpacenya, Anwar Ibrahim Consulting (AIC) mengatakan syarikat itu menawarkan “Nasihat Perkhidmatan Global Strategi & Kewangan.”
Bekas eksekutif Anwar Ibrahim & Associates (AI & A) adalah Mirza Z. Baig, yang juga terlibat denganAmana publishing dan entiti IIIT yang lain. Dalam resume (CV), Baig mendakwa telah bekerja dalam pelbagai siri rundingan untuk AI & A.
Sebelum terbentuk undang-undang khusus, Baig adalah Pengarah Managing kepada AI & A, yang mengetuai pencarian peluang-peluang pelaburan di Turki dan Asia Selatan.
Baig meningkatkan rangkaian-rangkaian media, teknologi, perkhidmatan perniagaan dan komuniti Private Equity/ Venture Capital dalam lokasi daerah, vet dan penilaian peluang-peluang yang konsisten dalam profil risiko dan keuntungan AI & A.
Baig mengetuai peluang-peluang pelaburan termasuk menjadi penyelaras global untuk pembelian pelaburan AI & A, peranan penasihat untuk pengambilalihan $ 4 billion+ daripada pembekal telekomunikasi.
AI & A telah bertindak sebagai penasihat Saudi Oger Group pada tahun 2005 dalam pengambilalihan Turki Telekom. Anwar adalah sahabat karib kepada Presiden Turki, Abdullah Gul dan juga rapat dengan Menteri Luar Negara, Ahmet Davutoglu, bekas profesor di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur pada awal tahun 1990-an.
Pada bulan September 2005, Anwar melawat Ankara dan bertemu dengan para pegawai atasan Turki. Penjualan Telekom kepada Saudi Oger Group selesai pada 14 November 2005.
Saudi Oger Group dikendalikan oleh keluarga Hariri yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Saudi.
Pada bulan April 2005 telah ditubuhkan syarikat perniagaan Anwar Ibrahim & Associates di Virginia dan berdaftar dengan Suruhanjaya Corporation Virginia. Syarikat ini telah mengupah dua individu yang mempunyai hubungan dengan rangkaian IIIT yang berpengkalan di Herndon, Virginia dan alamatnya berkaitan dengan IIIT.
Sekitar 2 Mei 2005, Anwar berjaya mendapatkan nombor US Social Security di daerah Columbia. Ini bertepatan dengan jangka masa tempoh beliau menetap di Amerika Syarikat iaitu daripada April 2005 hingga Ogos 2007.
Penjelasan yang paling tepat berkenaan dengan keputusannya untuk mendapatkan nombor pengenalan AS (a US identification number) adalah kerana beliau menjangkakan akan menerima pendapatan yang besar selama tempoh itu di mana beliau akan diminta untuk membayar cukai pendapatan di AS.
Selama dua tahun tinggal di AS, Anwar menetap di 11920 Sugarland Road di Herndon, Virginia, tidak jauh dari rumah-rumah pemimpin-pemimpin Muslim Brotherhood lain yang Anwar telah bekerjasama sejak dari tahun 1970-an.
Pada bulan Ogos 2005, seorang peguam di Richmond, Virginia, telah mendaftar dua syarikat lagi untuk Anwar iaitu ‘Anwar Ibrahim Consulting‘ dan Anwar Ibrahim Holdings.
Ketika pertama kali syarikat ditubuhkan, Anwar mengelilingi dunia, berceramah dan bermesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan, NGO-NGO dan ahli-ahli perniagaan. Kebanyakan dari penglibatannya dibayar, dan dokumen-dokumen menunjukkan pengurusan bayaran ditetapkan oleh AI & A.
Beliau meneruskan perjalanan ke Jerman, Arab Saudi, Malaysia, Australia dan United Kingdom sebelum tiba di AS untuk menjadi pensyarah pelawat di Johns Hopkins, School of Advanced International Studies (SAIS).
Alamat syarikat AI & A berkait rapat dengan rangkaian IIIT. Alamat syarikat terkini berdaftar dengan the state corporation commission adalah ’585 Grove Street, Herndon, pejabat yang pelbagai rumah-rumah syarikat yang berkait dengan IIIT.
Pada awalnya, Anwar mendaftarkan syarikatnya beralamat di 11920 Sugarland Road, Herndon, iaitu alamat satu kelompok rumah-rumah yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin IIIT, termasuk Jamal Barzinji dari IIIT, Fakhri Barzinji (adik Jamal Barzinji) dan Omar Barzinji (anak Fakhri Barzinji).
Omar Barzinji, lulusan sekolah undang-undang, ketika ini tercatat di LinkedIn (Laman rangkain perniagaan)sebagai Managing Director, “Anwar Ibrahim & Associates.”
Dunn & Bradstreet (agensi maklumat dan kewangan) melaporkan bahawa Omar Barzinji pada tahun 2008 adalah Naib Presiden Amana Inc di Beltsville, Maryland, yang juga dikenali sebagai International Graphics Printing.
Perniagaan lain menunjukkan Omar Barzinji adalah sebagai pengarah Amana pada tahun 2006 dan 2007. Amana adalah syarikat penerbitan besar milik IIIT yang ditubuhkan pada tahun 1982 oleh ayah Omar (Fakhri Barzinji).
Menurut satu sumber rahsia, FBI telah menyiasat International Graphics Printing (Amana Inc) pada akhir tahun 1990-an setelah penerbitan buku-buku memuliakan keganasan di Tebing Barat diterbitkan oleh syarikat itu. kecurigaan FBI kerana buku-buku murah yang dijual untuk pengumpulan dana yang hasilnya akan disalurkan kepada kumpulan-kumpulan pengganas.
Omar Barzinji, bersama-sama dengan ayahnya (Fakhri Barzinji) dan bapa saudaranya (Jamal Barzinji) , disenaraikan dalam buku telefon Yusef Nada. Omar berkahwin dengan Sumaya Jaghlit, anak salah seorang tokoh IIIT, Mohammad Jaghlit.
Anak Anwar, Nurul Ilham Anwar, lulusan Universiti Georgetown baru-baru ini, telah tinggal di rumah keluarga Barzinji di 11925 Safa Court di Herndon.
Menurut sumber rahsia, baru-baru ini Fakhri Barzinji telah berpindah ke Turki.
Laman web AI & A mengandungi beberapa risalah-risalah dan poster-poster dari kempen pilihanraya 2008 di Malaysia. Kandungan dokumen-dokumen menunjukkan cadangan mereka untuk melakukan pre-productioniaitu menghantar ke Amerika Syarikat untuk dinilai terlebih dahulu sebelum digunakan di Malaysia.
Rangkaian Antarabangsa Baru
Kumpulan Islamis Turki telah bekerja rapat dengan Kumpulan Islamis Malaysia untuk membina rangka baru NGO untuk mengembangkan Muslim Brotherhood. Kewangan untuk rangkaian ini berasal dari Saudi.
Orgnisasi-organisasi NGO rangkaian utama adalah seperti berikut: Global Peace Mission, Union of NGOs of Islamic World (UNIW), Future Global Network, World Futures Online, GPTD (World Civilization Research Group), Center for Study of Islam & Democracy (CSID) dan Global Peace Mission
Future Global Network dan GPTD adalah organisasi Malaysia yang berkait rapat dengan Anwar Ibrahim.
Kumpulan ini dikawal oleh oleh Muslim Brotherhood yang berpengkalan di Washington di bawah CSID. Tujuan utama penubuhan kumpulan-kumpulan tersebut adalah untuk menyebarluaskan mesej Anwar bahawa Islam militan bukan merupakan ancaman kepada demokrasi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...