Translate

07/03/2013

Jamalul Kiram III bukan Sultan Sulu

Post Pic
KUALA LUMPUR: Kesahihan seorang yang menggelar dirinya  Sultan Sulu Jamalul Kiram III amat mencurigakan, kata sumber-sumber yang arif mengenai lipatan sejarah kesultanan itu.
Individu berkenaan yang bernama Ampun Muedzul-Lail Tan Kiram mencetuskan konflik dengan Malaysia apabila mendalangi sekumpulan bersenjata untuk menceroboh Lahad Datu tiga minggu lalu.
Ia dilakukan di  atas alasan Sabah milik Kesultanan Sulu yang berpangkalan di Filipina.
Menurut  sumber berkenaan, Sultan Sulu yang terakhir adalah Sultan Jamalul Kiram II yang mangkat pada tahun 1936.

Selepas kemangkatan tersebut, Kesultanan Sulu tidak mempunyai pewaris takhta kerana Sultan Jamalul Kiram II tidak mempunyai zuriat.

"Sultan Jamalul Kiram II mangkat pada 1936. Beliau adalah Sultan Sulu yang sebenar dan terakhir sebelum kesultanan tersebut berakhir kerana tidak mempunyai waris yang sahih," katanya.

Bagaimanapun, menurut sumber itu apa yang lebih menghairankan adalah apabila Ampun mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu Jamalul Kiram III.

Ini kerana Ampun tidak pun berada di dalam senarai pembayaran sagu hati yang perlu dibayar kerajaan Malaysia kepada Kesultanan Sulu mengikut perjanjian yang dimeterai semasa penjajahan British.

"Pembayaran dibuat sejak zaman Syarikat Hindia-Timur British pada 1936 namun dihentikan apabila Sultan Jamalul Kiram II mangkat.

"Tetapi kerajaan British tetap mahu meneruskan bayar pampasan dan telah membawa perkara tersebut ke mahkamah sivil pada waktu itu.

"Justeru, ada sembilan penama yang telah dinamakan sebagai pewaris terdekat untuk menerima wang pampasan dan  nama Ampun Muedzul-Lail  tiada dalam senarai," katanya.

Tanpa mahu menjelaskan jumlah bayaran pampasan yang sebenar, sumber itu berkata, kesemua penama itu  diputuskan melalui satu perjanjian  pada 18 Disember 1939.

Difahamkan kesemua penama adalah adik beradik kepada Sultan Jamalul Kiram II.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...