Translate

17/10/2012

USTAS NUAR AL JUBURI tak lena tidur kerana DS NAJIB popular di media sosial Filipina

HISTORIC SIGNING. Malaysian Prime Minister Najib Razak arrives in the Philippines on Sunday for the historic signing of the Bangsamoro peace deal. Photo from Najib's Facebook page
Popular sungguh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Filipina kini. Beliau yang berada di Manila sejak petang semalam jadi 10 topik paling banyak dibicarakan di twitter negara itu lapor media utama Filipina ANCnews.

"Topik terkini di (twitter) Filipina adalah Bangsamoro, Malaysian PM, Framework Agreement, MNLF," kata laporan tersebut.

Najib yang baru selesai menyaksikan majlis menandatangani Rangka Kerja Perjanjian Damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menjadi bualan oleh pengguna media sosial majoriti Kristian negara itu.

Tinjauan agendadaily mendapati rata-rata mereka kagum dengan ucapan Najib di majlis tersebut.

Najib dalam ucapannya berkata Malaysia bersedia membantu dari segi latihan dan pendidikan kepada anak-anak Bangsa Moro.

"Dekad yang lalu telah mengukuhkan ikatan di antara negara kita. Malaysia bersedia untuk membantu sebagai rakan kongsi untuk keamanan," jelasnya di dalam Dewan Rizal di Istana Presiden Manila.

Namun kata Najib, perjanjian yang ditandatangani hari ini tidak menyelesaikan semua masalah tetapi ia menetapkan parameter untuk keamanan, mengembalikan maruah kepada orang-orang di Selatan Filipina.

"Dakwat pada kertas ini tidak akan menyelamatkan nyawa melainkan jika semua pihak mempertahankan prinsip-prinsip yang ditandatangani ini..."Ujar Perdana Menteri yang mempertegaskan sekali lagi komitmen Malaysia.

"Kita akan berdiri bersama anda untuk memastikan perjanjian ini berhasil,"tegasnya.

Selanjutnya sila KLIK DISINI dan DISINI (FILIPINA) hebat DS Najib

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...