Selasa, 16 Oktober 2012

NGO BERSIH MENJADIKAN PADANG PUN BERSIH

Stadium Kelana Jaya - Konsert Rock Bersih Gagal

NGO Bersih Sudah Tidak Relevan


Suatu ketika dulu dalam tahun 2008, Stadium Kelana Jaya pernah menjadi sebutan ramai berikutan berlangsungnya satu persembahan 

hiburan penuh kontroversi oleh sebuah kumpulan muzik underground yang menggemparkan negara berikutan aksinya menjelikkan mata khalayak.


Kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Carburetor Dung dalam salah satu aksi oleh penyanyinya telah dengan sengaja menanggalkan seluar dan menononggengkan punggungnya kepada khalayak penonton sambil menyanyikan lagu yang liriknya menyebut perkataan  ‘jilat, jilat, jilat’.

Empat tahun berlalu, kini stadium tersebut kembali meniti dari bibir ke bibir, apabila ‘digegarkan’ dengan persembahan konsert hiburan oleh NGO Bersih 2.0 yang bertemakan “Konsert Bersih 2.0 8T”.

Penganjuran konsert itu antara lainnya bermatlamat untuk terus mempropagandakan kempen tuntutan 8 perkara yang diperjuangkan oleh NGO Bersih.

Turut hadir ‘memeriahkan’ konsert tersebut antaranya ialah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga dan A. Samad Said serta beberapa balaci mereka.

Selain itu, turut kelihatan beberapa pemimpin DAP dan PKR antaranya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta pemimpin DAP seperti Ronnie Liu, Teresa Kok, Loh Gwo Burne dan Tony Pua.

Melihat pada nama-nama yang hadir, sewajarnyalah sasaran awal pihak penganjur yang menjangkakan lokasi konsert akan dipenuhi dengan lautan lebih 30,000 rakyat patutnya bukan satu masalah besar untuk dicapai.


Stadium Kelana Jaya yang sederhana besar dan mampu memuatkan sekitar 35,000 orang termasuk  25,000 tempat duduk, tentunya dari pandangan atas akan kelihatan melaut dipenuhi khalayak yang hadir – itu kiranya penuh dan padatlah.

Malangnya apa yang berlaku, angka 30,000 bukan sahaja gagal dicapai. Sebaliknya yang berlaku banyak lopang kosong yang kelihatan di atas padang hijau manakala kerusi-kerusi pula terlampau banyak yang tak berpenghuni.

Secara kasarnya hanya sekitar 300 – 400 orang saja yang sanggup membazirkan masa dan bersosial di malam minggu itu sekalipun ramai artis tak ternama dan kurang laku telah bergabung tenaga untuk menghiburkan orang ramai.

Entah apa suwey yang sedang melanda pembangkang dan NGO proksi mereka sekarang ini, asal saja buat di stadium pastinya banyak ruang kosong tak terisi, jauh bezanya bila diadakan di jalanan yang sesak di ibukota.

Patutlah sebelum ini pemimpin pembangkang dan NGO Bersih berkeras sangat menolak tawaran DBKL supaya berhimpun saja di stadium. Rupanya mereka menolaknya kerana bersebab – takut melihat banyak lopang kosong jelas kelihatan.

Melihat pada senario mutakhir ini, ternampak jelas parti pembangkang dan NGO Bersih yang selama ini menjadi proksi PR dalam mempotretkan imej buruk terhadap SPR dan Kerajaan Pusat, kelihatannya semakin tidak relevan pada pandangan ramai.

Sumber:mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...